Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Seorang Peminat Kopi Yang Tegar? Ketahui Perbezaan 6 Jenis Hidangan Kopi Yang Anda Sering Minum

No Comment

Setiap kali rasa mengantuk, sudah semestinya anda akan meminum sekurang-kurangnya segelas kopi, lagi sedap kalau dapat menikmati kopi panas, anda terus merasakan aura baru dalam diri anda, bukan itu sahaja, rasa mengantuk juga terus hilang.

Namun begitu, seperti yang anda tahu, jika pergi ke mana-mana kedai kopi, anda sudah semestinya akan ditanya, kopi yang mana anda inginkan, sama ada, espresso atau latte?

Admin ingin kongsikan, perbezaan kopi yang menjadi kegemaran anda setiap masa itu, jom kita kita lihat, apakah perbezaan di antara Espresso, Mocha, Latte, Cappuccino, Americano dan Macchiato.


1. Espresso

Hidangan espresso mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat tegar kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat, dan boleh membuatkan seseorang itu terus bertenaga, atau berjaga malam. Espresso juga merupakan bahan asas kepada hidangan kopi yang lain. Espresso dibuat khas dengan menggunakan tekanan, bagi mendapatkan rasa yang sebenar. Ianya akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan kecil sahaja. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, namun anda boleh mengawalnya dengan gula.


2. Americano

Jika anda salah seorang peminat cerita Korea, seperti Running Man atau drama Korea, sudah semestinya anda sering melihat mereka memesan Americano, dan dilihat seperti kopi O sahaja. Ianya, juga diperbuat daripada espresso, namun cara penyediaan sedikit berbeza, tidak sebegitu kuat rasanya, namun masih mempunyai keharuman kopi yang sama. Ianya ditambah air lebih sedikit, berbanding dengan Espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi. Bagi yang gemarkan kopi, tetapi tidak mahu yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat.


3. Mocha

Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur pula dengan dua pertiga susu yang telah dikukus (steamed milk). Terdapat pelbagai cara dalam membuat mocha, dan ianya berbeza mengikut pada citarasa sesebuah tempat. Sama ada didatangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik, namun, lagi enak jika terdapat krim putar , dan dihiasi serbuk coklat, fuh, mengiurkan.


4. Latte

Bagi seseorang yang kurang menggemari rasa pekat kopi, latte merupakan pilihan yang baik, ini kerana, latte dibuat dengan satu atau dua shot espresso, dan dicampurkan dengan susu yang telah dikukus. Perkataan café latte, adalah terjemahan dari Bahasa Perancis, iaitu Café Au Lait, iaitu kopi bersama susu, dan di Itali pula, anda perlu menyebut Café Latte, kerana jika anda hanya menyebut Latte, anda akan diberikan susu sahaja.


5. Cappucino

Anda sering melihat jika Cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte, ini kerana ianya juga diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus di permukaan, di mana pembuat kapi atau barista akan meletakkan buih susu di atas cappuccino, yang diambil dari mesin tekanan kopi.


6. Macchiato

Macchiato juga merupakan kopi yang ditambah dengan susu, namun ianya mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato, ini kerana, untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, Disebabkan itu jugalah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).


Setelah mengetahui terdapat pelbagai jenis minuman yang berasaskan kopi, dan cara penyediaan yang berbeza, anda pasti sudah terliur untuk menikmati kopi yang menyegarkan. Selepas ini, anda juga sudah boleh untuk memesan kopi dengan lebih yakin,seakan seorang barista yang mengenali dunia kopi. Jom kita mengopi sama-sama. – Siakap Keli

Sumber: CoffeeTov, CoalCreek, CoffeeTeaClub, DriftAway
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli