Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Boleh Jatuh Hati Dengan Turki Jika Berkunjung Ke Sana, Ingin Tahu Mengapa? Ikuti Perkongsian Dari Pemuda Ini

No Comment

Bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman berada di dua benua, Turki merupakan tempat yang baik untuk dilawati, ini kerana ia merupakan pertembungan di antara dua benua, iatu Eropah dan juga Asia. Disebabkan ini, ia mempunyai budaya yang pelbagai, dan sesuai buat para pelancong dalam mempelajari budaya yang ada.

Terdapat banyak tempat menarik dan sejarah yang boleh dipelajari jika berkunjung di Turkey, seperti Hagia Sophia yang dahulunya merupakan katedral bagi penganut Kristian Ortodok, tetapi kemudiannya dibina menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453, dan kini dijadikan sebuah muzium oleh kerajaan republik Turki, sejak dari tahun 1935.

Jika anda ingin menjadikan Turki sebagai tempat percutian pada masa akan datang, admin ingin kongsikan tempat menarik yang berada di sana. Jom kita lihat apa yang anda boleh nikmati di Turki, dan tempat menarik yang juga boleh dilawati, perkongsian dari saudara Zaid Traveler.


Jika anda bertanya pada saya negara mana yang saya jatuh cinta?

Saya akan pilih Turki, pergi banyak kali pun tidak akan pernah jemu.

Saya pasti anda juga akan jatuh cinta dengan Turki, silap hari bulan, dengan orang Turki sekali anda jatuh cinta.

Kenapa Turki?

1- Prosedur visa yang sangat mudah, percuma selama 90 hari.

2- Boleh menjelajah ke dua benua sekaligus asia dan eropah melalui selat Bosphorus.

3- Negara yang sangat luas untuk diteroka, terdapat 81 negeri semuanya di Turki.

4- Setiap inci tanah Turki pasti ada sejarahnya yang tersendiri, pergilah ke ceruk mana sekalipun, anda akan temui sesuatu yang unik dan indah.


5- Menikmati panorama dari atas udara dengan menaiki belon udara di Cappadocia, sebuah pengalaman yang sungguh indah mempersona.

6- Kota Istanbul merupakan antara salah satu kota tercantik di dunia. Terletak antara dua laut iaitu laut Marmara dan laut hitam.

7- Merupakan pintu masuk ke negara eropah timur seperti Bulgaria dan Greece, anda boleh ke sana dengan menaiki bas, keretapi, feri dan kapal terbang tambang murah.

8- Bersempadan dengan negara Bulgaria, Greece, Cyprus, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria.

9- Di Bursa tempat bersemadinya jasad pengasas empayar islam Uthmaniyyah iaitu Osman Gazi.


10- Jika anda suka aktiviti musim sejuk, di Turki terdapat lebih dari 8 gunung ski resort, antaranya : Uludag Bursa, Erciyes kayseri, Kartepe, Sariksmis, Bitlis, Elmadag.

11- 98% penduduk negara Turki beragama Islam.


12- Anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan tradisi Turki, kerana hampir kesemuanya adalah halal.

13- Dari Turki juga anda boleh ke serata negara eropah dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti ke German, Perancis, Poland, Greece, United Kingdom dan lain-lain.

14- Antara syarikat kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Turki ialah : Pegasus Air, Aegean, Air Arabia, Fly Dubai, Easyjet, Condo, Tuifly, Germanwing, Transavia, Norwegian.


15- Sebuah negara yang kaya dengan sejarah, budaya, tempat semula jadi, gunung ganang yang cantik, sungai dan tasik yang jernih.

16- Kos belanja yang tidak berapa mahal berbanding dengan negara eropah barat.

17- Negara yang sangat mesra pelancong, anda akan rasa selesa seperti berada dalam negara sendiri.

18- Negara yang telah dihuni oleh empat empayar besar seperti : empayar rom, empayar greek, empayar rom byzantium dan empayar uthmaniyyah.


19- Melihat hasil arkitek islam hebat Mehmed Aga iaitu Masjid Biru yang menjadi lambang kemasyhuran kota Istanbul selain dari Hagia Sophia.

20- Terletaknya sebuah makam sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di daerah Eyup Istanbul. Satu-satunya sahabat nabi yang syahid di bumi Turki.

21- Urfa, sebuah negeri yang digelar negeri para nabi, di sini terletaknya makam nabi Ayub as, nabi Ilyasa as dan makam isteri nabi Ayub as iaitu Siti Rahmah. Mengikut riwayat juga, di sini tempat lahirnya nabi Ibrahim as, juga tempat nabi Ibrahim dibakar oleh raja Namrud.

22- Bandar Urfa juga merupakan antara bandar yang tertua di dunia, mengikut riwayat, bandar Urfa telah dibangun semenjak zaman nabi Idris a.s.

23- Jika anda ingin melihat kota islam penuh, pergilah ke negeri Konya, sekitar 10-16 jam perjalanan dari Istanbul dengan bas atau keretapi, di sana tempat asasnya kerajaan islam bertapak di Turki iaitu kerajaan Seljuk.


24- Menikmati pemandangan taman kapas batu kapur putih yang unik di Pamukkale. Anda pasti terpegun.


25- Jika anda ingin menikmati alam flora dan fauna, Trabzon merupakan destinasi yang wajib anda pergi jika ke Turki. Terletak di persisir laut hitam.

26- Hatay atau Antakya, wilayah paling selatan di Turki, tempat bersemadinya jasad Habibi Najjar, kisahnya ada diceritakan di dalam surah yasin.

27- Pengangkutan awam yang sangat sistematik dan lengkap di seluruh negara Turki, pergilah ke ceruk mana pun di Turki, anda tidak akan menghadapi masalah pengangkutan awam.


28- Tempat berlakunya pertempuran antara kerajaan Troy dan Greek (Kisah ini ada diceritakan dalam filem Troy), di Canakkale anda boleh lihat replika patung kuda yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Troy.

Dan banyak lagi alasan kenapa saya cintakan Turki, jika mahu disenaraikan kesemuanya pasti panjang berjela post ini. Semoga bermanfaat. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli