Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Persediaan Penting Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibu Bapa, Untuk Anak Yang Melangkah Masuk Tahun 1

No Comment

Tidak dapat dinafikan, antara pengalaman yang sangat bermakna bagi ibu dan bapa, adalah bila mana anak anda sudah mula menjejakkan kaki untuk memasuki ke alam persekolahan, khususnya di Tahun 1. Ianya ibarat satu kejayaan, dan kegembiraan yang perlu diraikan kerana ia merupakan memori yang akan diimbau kembali pada masa hadapan.

Keterujuaan ini, kadang kala bukan sahaja buat anak, tetapi ibu dan bapa juga. Bagi anak-anak, mungkin ada di antara mereka yang terlalu bersemangat, atau mungkin juga ada yang sedikit gementar untuk bersama dengan rakan baharu. Namun ia adalah satu lumrah biasa, dan berbeza buat setiap individu.

Tetapi, apakah pula yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membuat persediaan untuk anak-anak, lagi-lagi jika ini pengalaman pertama buat ibu dan bapa? Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh ibu dan bapa dalam hal ini, ianya dikongsikan oleh seorang guru, iaitu Cikgu Asmadi Samad. Mari kita lihat perkongsian dari guru ini buat panduan ibu dan bapa.


5 PERSEDIAAN PENTING UNTUK ANAK MASUK TAHUN 1 (BAHAGIAN 1)

“Di! Kau tolong tengokkan anak aku. Aku nak kena jaga budak ni. Lasak betul budak ni. Tak berani aku tinggal,“pinta seorang rakan sejawat yang terlibat dalam hari orientasi tahun satu hari ini. Kebetulan anaknya juga terlibat dalam hari orientasi ini. Namun terpaksa dilepaskan anaknya berdikari kerana terpaksa memantau rapat seorang murid yang amat lasak.

Macam-macam lagi ragam anak -anak yang hadir hari ini. Mungkin kerana mereka begitu teruja dapat berada di tempat baharu. Alhamdulillah, tidak ada yang menangis meskipun dipisahkan dari ibubapa masing -masing yang perlu berada di dewan utama untuk mendengar taklimat berkenaan kemasukan anak mereka ke tahun satu bagi sesi 2017.

Disamping taklimat berkenaan KSSR, PBS dan LINUS saya kongsikan 5 perkara penting yang boleh dibuat oleh ibubapa sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan di tahun 1.


1. Tuliskan nama bagi setiap barangan peribadi anak-anak terutama barangan berikut:

- Kasut sekolah
- Alat tulis seperti pensil, pembaris, gam dan pensil warna
- Botol air dan bekas makanan.
- Dompet atau beg menyimpan wang saku.

Nama perlu ditulis untuk memastikan barang-barang ini dapat bertahan lama, tidak hilang atau tertukar dengan murid-murid lain. Ia juga membolehkan barangan ini ditemui semula jika hilang.


2. Latih anak-anak menggunakan dompet untuk menyimpan wang saku 

Murid-murid sering tercicir wang saku di sekolah. Murid sekolah rendah adalah sangat jujur. Mereka akan menyerahkan dompet atau wang yang dijumpai kepada guru-guru. Lebih mudah untuk mengesan pemilik dompet yang ditemui berbanding wang yang ditemui begitu sahaja tanpa diisi di dalam dompet.


3. Latih anak-anak memberanikan diri meminta izin untuk ke ke tandas

Beri contoh ayat yang jelas dan ringkas kepada mereka contohnya,
“Cikgu, nak pergi tandas” atau “Cikgu, nak kencing”.


4. Latih anak-anak mengurus diri sewaktu ke tandas

Untuk anak lelaki pastikan mereka boleh membuka talipinggang sendiri dan memasangnya semula. Berhati-hati bila memakaikan talipinggang kepada mereka. Jangan terlalu ketat sehingga mereka tak mampu membukanya sendiri. Selalu juga berlaku anak lelaki terbuang air di dalam seluar kerana gagal membuka talipinggang yang diikat terlalu kemas.

Yang ni agak ‘sensored’. Tapi sangat perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kecederaan. Tapi lupa nak bagitahu semasa taklimat tadi. Anak-anak lelaki perlu dibiasakan memakai seluar dalam dan berhati-hati dengan zip seluar. Kerap kali kecederaan berlaku pada bahagian sulit mereka kerana tidak berhati-hati sewaktu menutup zip seluar. Kecederaan boleh diminimakan dengan memakai seluar dalam.


5. Pastikan anak anda menyimpan nombor telefon anda dan pasangan anda untuk dihubungi

Nombor telefon tersebut boleh di tulis pada beg sekolah atau disimpan dalam dompet anak-anak. Tulis nama penuh anak dan nombor telefon untuk dihubungi pada beg sekolah anak-anak. Ini kerana pada awal-awal musim persekolahan seringkali juga berlaku beg sekolah ditinggal di merata-rata tempat terutama di kawasan menunggu.

Semoga perkara di atas dapat membantu rakan-rakan sekalian mempersiapkan anak-anak untuk menempuh alam baru dalam siri perkembangan kehidupan mereka. Dan kita jadikan alam persekolahan sebagai fasa yang paling bermakna dalam kehidupan mereka. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli