Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Tol Lebuhraya Berhak Naikkan Kadar Tol Pada Tahun Depan - Menteri


KUALA LUMPUR: Empat tol lebuhraya berhak menaikkan harga kadar tol berdasarkan perjanjian konsesi menjelang tahun depan, lapor Berita Harian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tol-tol yang terlibat berhak menaikkan kadar tol adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

"Anggaran jumlah pampasan tol pada tahun 2017 bagi empat lebuh raya berkenaan adalah RM59.77 juta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), di Dewan Rakyat, hari ini.

Guan Eng bertanyakan hasil perbincangan kerajaan dengan 12 syarikat konsesi yang akan dinaikkan tol tahun depan, selain jumlah pampasan kepada syarikat terbabit jika tindakan itu tidak dilaksanakan.

Ahli Parlimen Bagan itu turut meminta jawapan mengapa tol di semua Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak dimansuhkan walaupun syarikat konsesi mendapat pulangan kos pelaburan membina dan menyelenggara.

Fadillah menjawab perjanjian konsesi asal Lebuhraya PLUS yang dimeterai pada 1988 sepatutnya tamat pada 2018. Bagaimanapun, katanya, ia terpaksa ditangguhkan berikutan tiga penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya PLUS yang dilaksana kerajaan pada 1999, 2002 dan 2011.

"Selepas penyelarasan, semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad, termasuk Lebuhraya Utara Selatan akan berakhir pada 31 Disember 2038," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli