Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Sebab Mengapa Anda akan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Honor 8


Percayakan cinta pandang pertama?

Ya, cinta pandang pertama memang benar-benar wujud. Apabila terlihat seseorang yang kita rasa ada ‘sesuatu yang unik dan sukar dijelaskan’, dan mata sukar untuk beralih pandangan ke tempat lain, itulah yang dipanggil cinta pandang pertama.

Itu juga sebabnya mengapa anda akan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat telefon flagship terbaru keluaran Honor, Honor 8.

Sekali pandang, hati akan mula jatuh cinta kepadanya dan mata sukar mengalih pandangan ke tempat lain. Ini empat sebab utama mengapa anda akan jatuh cinta kepadanya.

Potongan Aluminium Berlian di Bahagian Sisi

Apabila mata anda memandang bahagian sisi telefon pintar Honor 8, rekaan khas dan unik menggunakan potongan aluminium berlian menghasilkan bucu bezel yang lebih tajam, dan ia akan memperlihatkan bentuk seksi telefon Honor 8.


Keindahan Kilauan Aurora

Sekilas pandang pada bahagian belakang Honor 8, anda akan dapat melihat satu kilauan yang unik tapi menarik sehingga mata tidak dapat lari untuk melihat kilauan itu buat kali kedua.

Tahukah anda, sebenarnya kesan kilauan aurora itu terhasil dari 15 lapisan gelas unik yang dilengkapkan di Honor 8 sebagai cover dibahagian belakang telefon pintar itu?

Bahagian belakang Honor 8 memang direka dengan meletakkan kesempurnaan sebagai asas.


Tiada lagi Bonjolan Kamera
Bagi yang mementingkan kesempurnaan, bahagian rata dan licin menjadi satu kemestian. Apabila melihat sesuatu yang tidak rata, terserlahlah kecacatan sesuatu objek.

Disebabkan itu, kamera di bahagian belakang Honor 8 tidak dibonjolkan seperti beberapa telefon pintar lain.

Dengan permukaan belakang yang rata dan licin apabila dipegang, siapa lagi yang boleh menghalang godaan Honor 8?

Tiada lagi Bonjolan Kamera
Bagi yang mementingkan kesempurnaan, bahagian rata dan licin menjadi satu kemestian. Apabila melihat sesuatu yang tidak rata, terserlahlah kecacatan sesuatu objek.

Disebabkan itu, kamera di bahagian belakang Honor 8 tidak dibonjolkan seperti beberapa telefon pintar lain.

Dengan permukaan belakang yang rata dan licin apabila dipegang, siapa lagi yang boleh menghalang godaan Honor 8?


4 Warna Yang Akan Merambangkan Mata
Terdapat empat pilihan warna yang pasti membuat anda rambang mata setiap kali memandang Honor 8.

- Hitam itu menawan. Disebabkan itu Honor 8 juga didatangkan dengan warna hitam dengan nama panggilan dipanggil Midnight Black. Selain berkilat, warna hitam ini juga menghasilkan pantulan elegan hasil gabungan gelas aurora.

- Warna Sunrise Gold pula menonjolkan rasa mewah kepada Honor 8 apabila dipandang. Warna ini sangat sesuai untuk pengguna yang mempunyai mod ceria.

- Sapphire Blue, merupakan warna pilihan kebanyakan pengguna Honor 8.

Jujur dikatakan, jarang sekali telefon pintar didatangkan dengan warna ini kerana ia sukar untuk dimasukkan sebagai warna peranti mudah alih.

Tapi, hasil kombinasinya dengan gelas aurora, warna ini bukan sahaja menjadi warna yang sedap dipandang malah ia juga antara warna tercantik yang pernah digunakan dalam penghasilan telefon pintar.

- Warna terakhir yang ditawarkan oleh Honor 8 adalah Pearl White. Warna ini sangat sesuai dengan apa-apa personaliti yang dibawa pengguna.



Sekiranya anda tidak percaya, boleh pergi ke kedai telefon pintar terdekat dan lihat sendiri bagaimana Honor 8 akan memukau anda.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli