Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Modus Operandi Penjenayah Ketika Berada Di Lapangan Terbang, Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada

No Comment

Situasi di lapangan terbang yang dipenuhi dengan lautan manusia kadang-kala akan wujudnya individu dengan niat yang tidak baik. Mungkin dilihat tenang, dan miliki wajah, serta penampilan seperti orang kebiasaan, namun siapa tahu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti haram di lapangan terbang.

Tidak dapat dinafikan, apabila didampingi oleh orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, kita mudah untuk terus beramah mesra, dengan niat untuk berkenalan atau membantu mereka jika dalam kesusahan. Tetapi, harus diingat, tindakan sebegini, boleh mengancam keselamatan anda, di kala anda lalai, atau tidak sedar.

Perkara sebegini sudah banyak berlaku di lapangan terbang, di mana seseorang menjadi mangsa keadaan atas kesalahan orang lain. Jika hanya kesalahan kecil, ia tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika anda tertangkap membawa barang terlarang, dan dijadikan sebagai 'keldai dadah', sudah pasti anda akan ditimpa masalah besar. Bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda, saudara Zaid Traveller kongsikan, beberapa agenda atau taktik yang digunakan penjenayah, dalam memerangkap mangsa mereka, mari kita lihat taktik apa yang sering mereka gunakan di lapangan terbang.


Ini beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :

1- Taktik minta jaga bagasi

Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda tengokkan bagasi, sila tolak dengan cara baik.

Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki meminta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang yang tolong tengokkan bagasi tadi diberkas polis kerana memiliki 5kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas terselamat.

2- Taktik beri air minuman percuma

Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.

Zaman sekarang berbagai cara jenayah, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi tempat simpan dadah. Hati-hati.

3- Taktik bertanya soalan

Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di kaunter imigresen. Taktiknya dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah berlakon bertanyakan soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.

Tujuannya, jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tak tahu apa-apa yang akan ditahan.

4- Periksa dahulu barang yang dikirim

Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.

Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang, mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.

Pendek kata, Biarlah orang kata kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana sendirian.

Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Semoga bermanfaat. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli