Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

19 Tip Untuk Miliki Hartanah Buat Mereka Yang Baru Berjinak-Jinak, Supaya Tidak Tertipu Dan Berdepan Masalah

No Comment

Setiap dari kita sudah pasti ingin memiliki rumah, paling kurang, sebuah rumah. Ini bagi memastikan diri mempunyai aset yang kukuh, yang mana kelak boleh dijadikan sebagai tempat berteduh buat keluarga, mahu pun ibu bapa.

Dalam memastikan kehendak mempunyai rumah dapat dicapai, kita secara tidak langsung akan sebaik mungkin membuat kajian atau mencari ilmu akan projek perumahan yang sedang dijalankan, ini untuk memberi idea atau kesedaran rumah yang mana sesuai buat diri.

Namun, ada ketikanya, ilmu yang ada seperti tidak cukup, dan dari situ akan timbul permasalahan lain, di mana kita mungkin akan termasuk dalam jerat penipuan hartanah yang kelak menimbulkan pelbagai masalah, khususnya dari segi kewangan. Untuk memastikan anda sedar akan perkara sebegini, saudara Khairul Ezuwan kongsikan tip miliki hartanah supaya tidak tertipu dan bermasalah.


19 Tips Miliki Hartanah Supaya Tidak Tertipu & Bermasalah

Golongan Muda sekarang sangat Teruja Untuk memiliki hartanah. Namun hari ini perlu lebih banyak berhati-hati. Penipuan berada di mana-mana sahaja. Mereka Menunggu orang-orang yang kurang Ilmu berkaitan untuk dijerat. Pelbagai jenis penipuan melalui hartanah yang sebenarnya sangat menggusarkan.

Saya kongsikan sedikit tips membeli rumah kepada golongan baru berjinak-jinak nak memiliki hartanah.

1. Jika beli rumah Subsale, berurusanlah dengan agency dan REN yang berdaftar dengan LPPEH. Kalau kenal dengan owner , berurusan terus dengan owner. Jangan buat sebarang bayaran deposit kepada orang yang memperkenalkan.

2. Jangan sesekali melakukan sebarang bayaran secara tunai. Booking, deposit & sebagainya walaupon mendapat resit. Resit senang-senang boleh buat sendiri. Buat bayaran ke dalam acc.


3. Gunakan lawyer sendiri untuk S&P Agreement. Jangan gunakan lawyer yang sama dengan penjual semata-mata nak menjimatkan kos.

4. Pergi site visit tengok sendiri rumah yang mahu dibeli. Jangan hanya percaya buta-buta dengan agen. Rumah berhantu takpe lagi. Silap-silap rumah tu pon tak wujud. Hantu cari pon tak jumpa.

5. Keluar sedikit modal buat land search untuk tahu ketuanpunyaan rumah atau ada sebarang sekatan (Caveat) ke atas Hartanah tersebut yang bakal merumitkan urusan anda.

6. Jika aci beli dengan developer especially developer yang tidak well known . Cek dahulu status Developer tersebut dengan KPKT. Mungkin mereka blacklisted, projek sakit, tidak berdaftar dan sebagainya.

7. Jika tidak jumpa di KPKT, buat search SSM , kadang-kadang anda akan jumpa syarikat tersebut sebenarnya bukan developer yang type of business mereka Jual Madu, Internet marketing, malah ada yang syarikat yang buat cleaning service yang mendakwa mereka sebagai developer. Sangat kelakar bila syarikat mereka hanya sole proprietor. Lagi kelakar bila Syarikat Sdn Bhd yang modal berbayar cuma RM2 acah-acah buat projek berjuta-juta.


8. Buat sedikit research di Dr Google berkenaan syarikat & project tersebut. Jangan lihat laman web mereka sahaja. Kat situ semua baik-baik belaka.

9. Buat rujukan kepada mereka yang sudah berpengalaman membeli rumah. Jangan malu untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

10. Dapatkan maklumat samaada sesuatu property itu masih master title atau Individual title @ strata title. Jika masih master title anda harus lebih berhati-hati contohnya property yang sudah berusia lebih 10 tahun, masih lagi under master title, banyak bank yang tidak memberikan pembiayaan. Status developer seperti bankruptcy juga akan membantutkan urusan anda.


11. Pergilah cari ilmu mengenai hartanah. Ilmu ini memang tidak diajar waktu sekolah & universiti. Ada yang percuma, ada yang kenakan sedikit yuran , Ada yang mahal sedikit tetapi padat dengan ilmu,analisis, carian, support & networking. Ada juga yang sangat mahal yurannya, Itu bukan yuran belajar, Itu yuran kebodohan namanya.

12. Pada yang rajin membaca, pergi beli buku-buku berkaitan hartanah. Yang tak rajin membaca, tonton video-video yang dikongsikan. Walaupon tak dapat serap semua , 2,3 Ilmu pon sudah cukup dahulu.

13. Jangan hanya terpesona dengan promosi tidak tentu pasal. Asal murah cepat-cepat nak sapu. Tak sedar dia yang Kena sapu.

14. Kalau nak beli tanah lot pastikan lot tersebut adalah geran individu. Nak sangat murah beli geran kongsi. Nanti kongsi-kongsilah masalah sama-sama. Yang geran kongsi tu ok lagi, tapi yang malaun scammer ambil kesempatan dalam situasi ini. Scammer pandai menyusup masuk Dalam sesuatu industri yang mana orang ramai tertumpu.

15. Rumah Mampu milik. Hati-hati, sebab banyak pihak yang cuba ambil kesempatan atas kesempitan & keperluan orang ramai waktu sekarang berikutan ketidakmampuan orang memiliki hartanah. Mereka menawarkan harga yang sangat murah tidak masuk akal bagi mengaburi mata anda. Sedangkan mereka hanya mahu mencuri duit anda dengan cara yang halus.


16. Jangan kelam kabut nak beli rumah. Tak berdosa pon menyewa dulu. Kumpul duit, kumpul ilmu, tiba masa, pergi beli. Biar lambat asalkan Jangan Kena tipu, nanti jadi lagi lambat.

17. Jangan beli rumah ikut sedap hati asalkan Debt Service Ratio lepas. Contoh gaji bersih RM3000 Boleh hutang 75% DSR, ambil sampai maximum. gaji bersih tinggal RM750. Rumah cantik, tapi baki gaji bersih cuma mampu bayar bill api, air, astro & wifi.

Makan? Tak payah, tak penting. Ulat dalam batu pon boleh makan kan.

18. Faham terlebih dahulu tujuan beli rumah tersebut untuk duduk sendiri, dapatkan cash flow atau Kenaikan harga (capital appreciation). Lain tujuan, lain caranya. Bukan asalkan beli rumah , semua jalannya adalah sama.

19. Jangan beli sebab tengok orang lain beli. Ukur kemampuan diri anda sendiri.

-Siakap Keli

BACA: Pakar Hartanah Kongsikan 20 Cara Paling Berkesan Untuk Miliki 4 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli