Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Tercampak, Terduduk Atas Bumbung Teksi



Kulim, 31 Okt: Seorang pemandu teksi kehairanan apabila terlihat seorang wanita terduduk di atas bumbung teksinya.

Pemandu teksi tersebut, Rajendaran terlibat dengan satu kemalangan yang membabitkan teksinya dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 50-an.

Difahamkan, wanita tersebut tercampak sebelum terduduk diatas bumbung teksi tersebut.

Kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, Jalan Lunas petang itu menjadi viral setelah foto kejadian dimuat naik di Facebook.

"Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.

"Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma," kata pemandu teksi, L Rajendran,48 sebagaimana lapor Harian Metro.

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

"Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.

 "Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi," katanya ditemui selepas membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli