Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dipercayai Terberat di Dunia Tampil Minta Bantuan Untuk Bantunya Turunkan Berat

No Comment


Mesir, 23 Okt - Seorang wanita Mesir yang dipercayai wanita terberat di dunia tampil meminta pertolongan orang ramai untuk membantunya menurunkan kembali berat badan.

Menurut Mirror.co.uk, berat Iman Ahmad Abdulati, 36, kini sudah mencecah 500 kilogram.

Kata portal itu lagi, Iman sudah 25 tahun tidak keluar rumah disebabkan masalah berat badannya.

Selepas bertahun-tahun cuba menyelesaikan masalah itu, kakak Iman, Sister Chaymaa' Ahmad Abdulati telah tampil bagi meminta pertolongan orang awam untuk menyelesaikan masalah adiknya itu.

Iman kini hidup di rumah keluarga bersama kakak dan ibunya.

Keluarganya percaya Iman terkena strok pada usia 11 tahun yang menyebabkan dia terlantar di atas katil dan semakin berat.

Menurut portal El Arabiya, Iman lahir dengan berat 5 kilogram.

Dia didiagnos dengan elephantiasis - satu jangkitan parasit yang menyebabkan peluh melampau di bahagian anggota badan.

Saudara mara Iman menyatakan ahli perubatan berkata masalah Iman mungkin berpunca dari pengumpulan bendalir berlebihan yang membawa maksud tubunya menyimpan terlebih banyak cecair dari yang sepatutnya.

Dikhuatiri Iman akan mati jika dia tidak dapat dipindahkan serta merta ke hospital di Cairo untuk pembedahan kecemasan.

Sumber: Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli