Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita ini Berjaya Beli Rumah Selepas Minta Kesemua 20 Teman Lelaki Membeli iPhone Untuknya


Untuk membeli sebuah rumah, kita perlu menyimpan wang yang banyak dan sudah tentu ia memerlukan masa yang sangat panjang.

Pelbagai teknik dikongsi oleh orang ramai di media sosial bagaimana untuk menyimpan duit bagi membeli rumah termasuklah dengan cara pelaburan ASB sehinggalah kepada #2Kerja.

Namun wanita di China ini mempunyai cara yang lebih pantas, efisyen dan licik.

Dikenali dengan nama Xiaoli, wanita dari Shenzhen, China itu berjaya mengumpul 115,010 yuan(RM 71,000) dengan meminta kesemua 20 orang teman lelakinya membelikan sebuah iPhone 7 untuknya, satu setiap orang.

Dia menjual kesemua telefon itu melalui laman web Hui Shou Nao dan berjaya mengumpul 115,010 yuan.

Kemudian, wang itu digunakan oleh Xiaoli untuk membeli sebuah rumah di kawasan luar bandar.

Kisah Xiaoli itu dikongsi di sebuah forum blogging oleh pengguna bernama Proud Qiaoba yang berkata: "Semua orang di ofis sedang bercakap tentang perkara ini sekarang


"Siapa tahu apa yang akan difikirkan oleh teman-teman lelaki wanita itu memandangkan ia sudah menjadi berita umum".", kata Qiaoba yang juga rakan sekerja Xiaoli.

Menurut Qiaoba lagi, Xiaoli bukanlah dari keluarga yang kaya dan ibunya seorang suri rumah manakala bapanya pula adalah pekerja asing.

"Ibu bapanya semakin tua dan dia mungkin dalam tekanan untuk membeli rumah untuk mereka... Tapi saya sangat tak percaya dia boleh gunakan teknik ini!", kata Qiaoba yang turut menjelaskan Xiaoli merupakan anak sulung.

Wanita itu dikatakan menjual kesemua 20 buah iPhone 7 itu di website Hui Shou Bao dengan harga RM 3,500 setiap satu.

Penjualan iPhone itu kemudian disahkan oleh Hui Shou Bao kepada portal berita BBC.

Kisah Xiaoli dikongsi secara meluas di laman media sosial China, Weibo yang menerima 13 juta komen yang dipenuhi dengan hashtag '20 mobiles for a house'. - Siakapkeli.my

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli