Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral 'Resit' Perubatan Alternatif RM 32,800 : ''Kami Tak Paksa Pesakit Teruskan Rawatan di Sini'' - Pemilik

Rumah yang dijadikan pusat perubatan alternatif.

Pemilik sebuah pusat rawatan menafikan menerima bayaran puluhan ribu ringgit membabitkan rawatan keatas seorang pesakit wanita yang didakwa menghidap penyakit urat saraf yang dirawat di pusat tersebut.

Pemilik yang enggan namanya disiarkan itu berkata, gambar resit yang diviralkan itu bukan resit pembayaran tetapi merupakan sebut harga yang dikeluarkan oleh pihaknya sebelum meneruskan rawatan.

Tambahnya lagi, berdasarkan sebut harga itu, kos rawatan ibu lelaki berusia 22 tahun itu berjumlah RM 32,800 yang kemudian diviralkan oleh anak lelaki wanita itu seterusnya mendatangkan kecaman dari netizen.

Selepas membuat imbasan dengan persetujuan bayaran RM300 saya memberitahu penyakit-penyakit ibunya dan mengeluarkan sebut harga yang perlu dibayar sekiranya bersetuju meneruskan rawatan disyorkan.

Sebenarnya itu hanya sebut harga di atas kertas. Kita di pusat ini tak paksa untuk mengenakan jumlah-jumlah tertentu tapi mengikut kadar kemampuan pesakit atau ahli keluarganya,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurutnya lagi, seutas gelang emas yang diterimanya pula selepas keluarga itu bersetuju meneruskan rawatan selepas sebut harga dikeluarkan.

Saya tak paksa pesakit teruskan rawatan di sini kerana ramai juga yang datang scan sahaja dengan bayaran sebanyak RM300. Tapi bila dah tandatangan berserta cop jari (sebut harga) bermakna dia dah setuju (teruskan rawatan).

Malah pesakit sendiri yang membuka gelang emas tersebut tanpa paksaan dan menyerahkan kepada saya serta berkata barang kemas berkenaan bernilai RM4,800 sedangkan bila saya pergi ke kedai emas, harga sebenar kira-kira RM1,700 saja,” katanya.

Kata beliau lagi, pusat rawatan itu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak dua tahun lepas dan menggunakan kaedah bacaan ayat-ayat suci al-Quran, doa dan zikir tanpa melibatkan amalan songsang.

Malah terdapat ayat al-Quran yang saya beri kepada pesakit untuk diamalkan, tiada kaitan dengan benda-benda khurafat mahupun jampi serapah.

“Saya pula jalankan rawatan di rumah saja tapi tetap berdaftar dengan SSM malah dah dua kali perbaharui lesen.

“Sepanjang merawat, ada juga yang tak bayar kos rawatan keseluruhan tapi tak ada la saya nak viralkan. Saya tak mahu mengaibkan orang dan cuma anggap ia dugaan,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli