Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Mengamuk Dalam Apple Store, Pecahkan Barang Apple Satu Demi Satu Guna Bola Pétanque



Seorang pelanggan yang sedang marah dirakam sedang mengamuk di dalam Apple Store - dengan memecahkan iPhone, iPad dan juga Mac.

Lelaki terbabit, yang dirakam memakai sarung tangan berwarna krim dilihat selamba dan tenang memasuki kedai tersebut di Perancis.

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Lelaki itu tiba-tiba berubah. Dia mula mengambil iPhone, meletakkannya di atas kaunter sebelum memecahkannya menggunakan bola pétanque, satu demi satu.

Lelaki terbabit dilihat memakai sarung tangan krim sambil memegang bola Petanque.

Selepas membebel ke arah staf di kedai itu dalam bahasa Perancis, dia kemudian menghadap kamera yang merakam perbuatannya sambil berkata : "Apple adalah sebuah syarikat yang melanggar hak pelanggan European

"Mereka tak mahu membayar balik wang saya, saya beritahu mereka 'Pulangkan kembali wang saya tapi mereka kata tak boleh.' 

"Jadi nak tahu apa jadi lepas tu? Ni lah akibatnya!", kata lelaki berkenaan sebagaimana lapor Wiser.my

Dia kemudian dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Menurut media Perancis, lelaki berkenaan telah ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Nilai kerugian dianggar berpuluh ribu ringgit.

Sumber : Wiser.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli