Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Juri 'Terlopong', Kanak-Kanak 4 Tahun Fasih 7 Bahasa Utama Dunia Termasuk Jerman, Cina Dan Arab


MOSCOW - RUSIA: Sejak bebrapa hari lalu tersiar sebuah video yang menjadi viral di laman sosial di mana menunjukkan gelagat seorang kanak-kanak comel dari Rusia yang berjaya menarik perhatian 10 juta penonton.

Angelina Bella Devyatkina, 4 atau Bella berasal dari Moscow, telah menjadi terkenal selepas beliau telah menghadiri ujibakat rancangan “Amazing people” di mana dalam ujibakat itu dia telah menonjolkan bakatnya menguasai tujuh bahasa utama dunia.

Bella telah berjaya menjawab beberapa soalan juri dalam tujuah bahasa iaitu  bahasa Rusia, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan Arab, menyebabkan juri dan penonton 'terlopong' dan terkejut dengan kebolehannya.

Apa yang menarik dia bukan sahaja menguasai bahasa, dia juga berjaya menjawab soalan-soalan am yang diberikan dengan betul dan mungkin agak susah untuk dijawab oleh kanak-kanak lain seusia dengannya.


Menurut ibu Bella, dia telah mengajar anaknya berbahasa Inggeris sebelum Bella didedahkan dengan bahasa-bahasa berkenaan sejak lahir.

Selain itu, Bella juga pernah dijaga oleh pengasuh yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang negara di mana pengasuh bukan sahaja mengajar Bella mengenai bahasa dan frasa, malah menceritakan isu-isu dunia, sejarah dunia dan pelbagai topik dari ensiklopedia. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli