Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Makkah


RIYADH: Tentera gabungan Arab Saudi semalam telah berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh  pemberontak Houthi ke arah kota suci Makah.

Memetik laporan Saudi Press Agency, , peluru berpandu berkenaan telah berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah dimana ia telah ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi.

Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

"Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan."

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu," kata tentera gabungan dalam satu kenyataan.

Pemberontak Houthi mengaku telah melancarkan sebuah peluru berpandu dengan menyasarkan lapangan antarabangsa Jeddah. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli