Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] 7 Benda Ini Anda Akan Pelajari Setelah Mengembara Buat Pertama Kalinya

No Comment

Membuat satu perkara baharu, sememangnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ianya seperti satu kejayaan besar yang telah dicapai, dan membuatkan diri berasa seperti, telah meletakkan satu penanda aras yang baharu dalam kehidupan. Pengalaman yang dilalui sudah semestinya menjadi titik tolak dalam melakukan langkah seterusnya.

Bagi seseorang yang pertama kali dapat membuat satu langkah yang baharu, khususnya dalam pengembaraan, ia seperti satu mimpi menjadi kenyataan. Dari pengembaraan tersebut, banyak benda yang dapat dipelajari, serta menyedarkan diri akan kesukaran untuk hidup di tempat orang, dan betapa pentingnya berdikari.

Admin ingin kongsikan, tujuh benda yang dapat dipelajari dalam pengembaraan pertama kali, dan mungkin anda juga pernah melalui pengalaman seperti ini, jom kita baca perkongsian dari Rough Guides ini.


1. Tidak Semua Perancangan Menjadi

Ada masanya, perancangan yang kita telah buat, tidak menjadi seperti yang diduga. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor bahasa, cuaca mahu pun kekangan masa. Tetapi, tidak semua yang gagal itu menjadi semakin buruk, mungkin berlakunya sesuatu itu, kita dipertemukan dengan sesuatu yang lagi baik.


2. Kemesraan Bersama Teman

Apabila pergi mengembara atau melancong bersama teman, baru kita sedar, rupa-rupanya sahabat yang sentiasa bersama kita itu, merupakan seorang yang berbeza. Ketegasan, atau kemesraan apabila bersama, akan membuatkan kita lebih mengenali lebih rapat, dan ini dapat menguatkan lagi hubungan persahanatan.


3. Bebas Dari Dunia Maya
Disebabkan perbezaan rangkaian, data atau internet yang ada pada telefon pintar kita mungkin tidak dapat digunakan, dan jika mahu menggunakan internet sekali pun, perlu membeli sim card baharu atau menggunakan wi-fi. Namun, jika kita dapat merehatkan diri dari segala media sosial, ianya dirasakan sangat menenangkan, tidak perlu gusar akan permasalahan orang lain, dan hanya menikmati keindahan alam, atau percutian sahaja.


4. Kesederhanaan

Jika ke negara luar, sememangnya rugi jika tidak merasai hotel mewah yang ada, tetapi, lebih baik jika hanya tinggal di motel atau hostel sahaja. Ini kerana, tidak perlu untuk berbelanja lebih, hanya perlu menikmati percutian dan keseronokan bersama insan tersayang sahaja, ianya sudah memadai.


5. Keenakan Makanan Tempatan

Inilah masanya untuk merasai makanan sebenar sesebuah negara itu, bila di tempat orang, tidak sah jika tidak merasai hidangan tempatan mereka. Kenikmatan yang dinikmati, akan diingati sampai bila-bila, dan mungkin menyebabkan ingin kembali semula.


6. Tanpa Perancangan Lebih Baik

Ada ketikanya, lebih baik tidak merancang apa-apa, ini kerana baru dapat merasai pengalaman sebenar apabila mengembara. Ianya mungkin sedikit sukar, namun jika mempunyai sedikit perancangan sahaja, sudah memadai, selebihnya terserah pada keadaan yang menentukan.

p/s : Jika dalam negara sahaja, mungkin boleh menikmati tanpa apa-apa perancangan, tetapi jika ke negara luar, lebih baik ada perancangan rapi, kita bukanlah seperti mat saleh yang boleh redah sahaja.


7. Keseronokan Berjalan Kaki

Mendaki bukit, mendaki gunung, melalui jalan berbatu, sudah semestinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan ianya juga membuatkan kita 'ketagih' untuk melakukannya lagi. Sudah semestinya, pengembaraan seterusnya akan diselitkan dengan aktiviti berjalan, seperti memanjat bukit atau menyusuri sungai.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli