Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UniMAP Sedia Tawar Tempat Untuk Nur Sakinah

No Comment


KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia menawarkan tempat bagi Nur Shakinah Naim dalam bidang kejuruteraan.

Nur Shakinah sebelum ini dilaporkan hilang di Rouen, Normandy, Perancis pada minggu lalu namun ditemukan selamat beberapa hari kemudian.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, tawaran itu dibuat kerana universiti itu merupakan universiti yang berteraskan kejuruteraan yang paling hampir dengan kediaman keluarga pelajar itu di Sungai Petani, Kedah.

"Kami amat bersimpati dan terkesan dengan insiden yang berlaku ke atas Nur Shakinah, dan ingin memberi peluang kepada beliau untuk menyambung belajar di UniMAP sekiranya ingin kembali ke tanah air.

"Saya berharap tawaran ini wajar dipertimbangkan dan kami bersedia bertemu Nur Shakinah dan keluarganya sebaik mereka pulang ke tanah air," kata Zul Azhar sebagaimana lapor Bernama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli