Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Ulat Parkir' Meringkuk Dalam Penjara Selepas Mengaku Bersalah Minta RM10

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Okt - Seorang 'ulat parkir' didenda RM850 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan tanpa kuasa sah mendesak dan mengarahkan pemandu meletakkan kenderaannya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan terhadap lelaki berkenaan yang didakwa melakukan perbuatan itu di susur Jalan Tun Razak di sini pada jam 12.50 pagi pada 15 Oktober lepas.

Lelaki berkenaan bagaimanapun gagal membayar denda itu dan dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu ditangkap pihak polis dalam Ops Parkir Haram semasa dia menghampiri dan meminta seorang pemandu sebanyak RM10 selepas pemandu berkenaan meletakkan keretanya di situ.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli