Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Bagi Graduan Yang Baru Mula Bekerja Untuk Berbelanja Mengikut Kemampuan

No Comment

Graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian sememangnya ingin mendapatkan pekerjaan yang diingini secepat mungkin, bersesuaian dengan apa yang telah dipelajari sepanjang beberapa tahun pengajian. Ini bagi membuktikan, mereka bukan sahaja mampu untuk menguasai teori, tetapi secara praktikal, di dunia yang nyata.

Kebanyakan graduan yang melanjutkan pelajaran, menggunakan pinjaman pembelajaran, dan disebabkan ini, mereka perlu mempunyai kerjaya yang kukuh, bagi membayar kembali pinjaman tersebut.

Namun begitu, oleh sebab graduan baru sahaja menamatkan pengajian, dan tidak mempunyai pengalaman kerja, gaji yang akan diterima sebagai permulaan, bukanlah seperti yang dijangkakan. Bagi menghadapi kos kehidupan, pada masa kini, admin ingin kongsikan, penulisan saudari Syafieqah A'lya mengenai bagaimana untuk mengawal perbelanjaan di awal kerjaya.


Nota Graduan yang Baru Nak Mula


Baru-Baru ini berbangkit kembali soalan Di pm, bagaimana mahu mempunyai satu simpanan yang Besar ? Saya mahu kongsikan tips kepada mereka yang Baru mula bekerja.


1. Keterujaan bekerja Di tempat baru menyebabkan ramai anak muda mula mencari pamphlet kereta idaman. Please tangguhkan dahulu.

2. Keterujaan semakin bertambah apabila ramai pula yang datang approach untuk apply personal loan dan kredit kad sebagai 'kegunaan'. Please Jangan tergoda Kalau ia bukan keperluan.

3. Waktu ini kawan-kawan mula Bakar line, Kita nampak lebih bergaya apabila memiliki Kereta mahal + personal loan (sebagai jalan singkat beli pakaian yang mahal, camera DSLR, travel obersea dll) + swipe kredit kad Di depan kawan-kawan. Jangan Lupa ini semua hanya sementara tetapi beban hutang terletak Di bahu kita.


Maka Cara yang terbaik adalah :

1. Waktu mula bekerja beli kereta sederhana/ second hand sebagai keperluan ke tempat kerja. Anda akan mula rasa bebanan apabila perlu keluarkan duit Untuk Minyak + toll + service + road tax . Nampak bergaya bila ada kereta tetapi Jangan lupa Ada banyak belanja perlu di ambil Kira

2. Jangan mula ambil personal loan sebagai kegunaan 'reward diri' katanya. Tetapi adalah perangkap kewangan sendiri apabila perlu tanggung beban hutang bertahun-tahun


3. Jangan mula apply kredit kad Jika anda seorang yang goyah iman apabila ternampak barangan idaman dahulu kala kini muncul di depan mata . Tangan mula menggigil bila tak dapat memilikinya . Lihat dahulu simpanan yang ada jika bukan keperluan sekarang, tangguh kan dahulu

4. Orang kata bila kita penat bekerja, Kita perlu reward diri dengan berbelanja tetapi mestilah kena pada tempatnya. Bukan senantiasa reward diri tetapi terhadkan seperti pergi travel dengan kawan-kawan dari 4 Kali setahun kini jadi 2 Kali setahun .


5. Tidak terpedaya dengan skim cepat Kaya kerana golongan ini adalah target utama mereka. Jika tidak kena dengan gaya anda akan merana. Dapatkan advise mereka yang berpengalaman dan Jangan terburu-buru serta tamak buat keputusan apabila mereka tunjuk anda akan jadi kaya dalam tempoh yang singkat .

Masih ramai lagi anak Muda yang tidak tahu dan ulang silap orang tua kita terdahulu. Jadi ambil nota ini sebagai ingatan demi masa depan. Cara uruskan kewangan begini dan tidak cipta hutang jahat yang banyak di awal pekerjaan akan beri kesenangan dengan memiliki Rumah + Kereta + berkahwin dengan bergaya.

Sebarkan agar anak Muda tidak lakukan kesilapan yang sama berkali-kali. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli