Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Bagaimana Untuk Membuang Negativiti Dalam Hidup, Perkongsian Dari Fynn Jamal

No Comment

Setiap dari kita menginginkan kehidupan yang baik sepanjang hari, tidak kiralah dari segi pekerjaan mahu pun aktiviti harian yang dilakukan. Kalu boleh, apa sahaja perkara yang dibuat akan mendatangkan kesan positif dalam hidup kita. Ini termasuklah dalam pergaulan seharian bersama teman.

Tidak dapat dinafikan, sikap negativiti ada dalam diri kita, walau sedikit. Ianya membuatkan kita rasa tidak senang atau puas dengan apa yang dilakukan, dan kadang kala sifat ini akan mejadikan diri memandang serong terhadap orang sekeliling. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut mempunyai nilai yang lebih dari diri kita.

Namun begitu, sikap atau pemikiran yang negatif ini, bermula dari pandangan mata kita, dan ianya terus membuatkan pemikiran jadi negatif. Jadi, admin ingin kongsikan, bagaimana kita boleh membuang sikap negativiti dalam hidup, perkongsian dari Fynn Jamal, jom kita baca.


Antara perkara awal yg aku buat dalam usaha hendak membuang negativiti dalam hidup adalah menapis dan membuat saringan atas segala yang aku pandang.

Ini aku dasarkan dari pesanan Rasulullah saw kepada kita berkenaan menjaga pandangan, TAPI..

Dilatih DARI KECIK yg eye contact itu adalah kunci komunikasi yg baik-- aku belajar bercakap menembusi mata utk professionalism. eye contact adalah tanda hormat. tanda attentive listening. etc.

Jadi bilamana aku commit myself to improve, aku kena reset semuanya.


a. MENJAGA MATA IN REAL TIME

Ketika diperkenalkan dgn sheikh wa'el oleh @officialmizznina bulan lepas-- aku berkesempatan berbual one on one dgn beliau.

Not even ONCE he looked at me. dia pegun memandang lantai kiri. lebih merapatkan telinga berbanding membaca sebutan bibir aku. i was surprised i was not offended at all. sebaliknya i felt respected.

Menjaga pandangan memberi fokus kepada apa yg kita pilih utk dgr. sbb itu ketika solat kita tidak boleh memandang kiri kanan bersaja2.

the lower your gaze,
the higher your focus.


MENJAGA MATA ONLINE

Lebih senang menjaga pandangan dpn org. malu itu lebih mudah dididik bila ada presence of a factor.

ada org, malu. ada cctv, malu.

Tp bila berseorang tanpa sesiapa-- ketidaknampakan الله yg wujud membuatkan kita hilang malu.

So how? mcmmana nak buang habit ini bila kita tak mampu ajar diri utk malu?

Buang semua peluang.
Klik unfollow org2 kita tak suka yg boleh buat kita mengata WALAU dlm hati.

Klik button yg buang algorithm benda tak elok kita klik sbb syiok setiap hari.

atau susah sgt-- tutup akaun. lapang terus hati. hahaha.

Kdg2 kawan kita tak faham. takpe. in real life, dont stop being friends with him or her. Buktikan dunia ini lebih real dari alam maya sbnrnya.

Kalau kawan2 kita syg kita-- dia akan faham yg ini bukan tentang dia. ini tentang kita nak improve diri kita.

Dan sebab kita tak terrer, kita perlu masa. itu sahaja.

Selamat jaga mata. nanti di hari pertimbangan, dia jadi saksi utama. entah apa dia nak report pasal kita.

Apa kita dok pandang selama hidup ini sebenarnya? Ke mana kesaksian mata kita akan bawa kita?

syurga--
atau neraka?

Mulakan secara berperingkat untuk melatih diri ke arah yang lebih baik, tidak ada paksaan dalam tindakan, namun ianya perlu dilatih supaya tidak terus menerus dalam pemikiran yang negatif. Moga-moga perkongsian ini dapat menjadi batu loncatan dalam kita menjadi insan yang lebih baik. Kekal positif. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli