Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Rakyat Malaysia Terliban Insiden Taufan Chaba - Wisma Putra

No Comment

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden Taufan Chaba yang mengganas di selatan Rebublik Korea khususnya di Ulsan, Busan dan Pulau Jeju semalam.

Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini kejadian itu.

Warganegara Malaysia di sekitar kawasan terjejas bencana itu yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan di alamat 129 Dokseodang-ro (Hannam-dong), Yongsan-gu, Seol 140-884.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi kedutaan di talian  +(822)7959203/2077-8600 atau emel mwseoul@kln.gov.my atau Wisma Putra di 03-88874570 (selepas waktu bekerja) atau 03-88874530.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli