Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TERKINI: (Video&Gambar) Pesawat American Airlines Terbakar, 20 Orang Dilaporkan Cedera


CHICAGO: Sebuah pesawat jenis Boeing 767 milik American Airlines yang sedang hendak berlepas dari dari lapangan terbang O'Hare di Chicago ke Miami telah terbakar menyebabkan 20 orang cedera.

Pesawar yang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal itu sedang berada di atas landasan di salah satu lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

 "Kami memindahkan kira-kira 20 pesakit yang mengalami kecederaan ringan ke beberapa hospital," kata jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Juan Hernandez.

Beliau menggambarkan kecederaan sebagai lebam dan kecederaan di buku lali yang berlaku ketika penumpang keluar menerusi gelungsur kecemasan.

"Kami mengambil berat mengenai pelanggan dan kru dan menempatkan semula penumpang dalam penerbangan lain ke Miami petang ini," kata American Airlines dalam kenyataan.



Sehingga kini pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)  sedang menyaisat punca sebenar kejadian, namun hasil maklumat awal FAA dan syarikat penerbangan adalah bercanggah.

FAA berkata, tayar pesawat pecah tetapi jurucakapnya, Tony Molinaro, berkata ia adalah maklumat awal dan berdasarkan laporan juruterbang.

Dalam kenyataan berasingan, American Airlines menyalahkan isu berkaitan enjin sebagai punca kejadian. Pegawai Jabatan Bomba Chicago, Timothy Sampey, berkata salah satu enjin pesawat itu terbakar. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli