Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terima kasih Ya Allah, Enam Tahun Kau Pinjamkan Amanah Yang Perlu Dikembalikan Bila Sampai Masanya

No Comment

Anak anugerah terindah daripadaNya kepada hambaNya, namun, setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan, itulah yang terjadi kepada seorang ibu yang kehilangan anaknya yang sudah enam tahun dibelai dan dimanja.

Beliau telah kehilangan anaknya Allahyarham Khawlah Sakinah, 6,  pada Oktober lalu selepas dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolem renang bersama rakan-rakannya.

Untuk meluahkan rasa sedih, Puan Aqilah Nor sering kali memuatnaik status di laman Facebooknya mengenai luahan rasa kehilangan anak tersayang yang pergi menghadap PenciptaNya selamanya.

Masa saya bersama Sakinah telahpun berlalu pergi dan tak akan berulang lagi di dunia ini. Banyak benar kekhilafan saya sendiri. Saya bukan ibu mithali, jauh sekali!


Enam tahun ini, banyak benar silap saya pada dia dan banyak benda saya terleka. Saya lupa memeluknya setiap masa, lupa menyatakan rasa cinta, lupa menghargainya sepenuh jiwa. Itulah saya, ibu yang penuh cacat cela.

Tetapi, dia selalu memberi di saat saya suka atau berduka. Dia ada buat saya setiap masa. Dia selalu menzahirkan rasa cinta buat ibunya. Hari-hari tidak pernah kecewa mengungkap cinta, sama ada secara lisan mahupun lukisan. Itulah bezanya saya yang hina dan dia yang mulia.

 Maka, kembalilah dia ke pangkuan yang Esa. Dialah sebaik-baik Penjaga, sebaik-baik Pencinta. Memang itulah ganjaran terbaik buat dia.

Bertemulah dia dengan sahabat baru di sana. Sahabat yang menjadi syuhada. Berlari-larilah mereka bersama, girang dan teramat bahagia serta bebas dari huru hara dunia.

Duhai ibu bapa, hargai detik bersama keluarga. Kita tidak tahu saatnya bila, mereka akan diambil kembali padaNya. Kalian masih punya masa, semaikan cinta sepenuh jiwa. Mereka adalah amanah buat kita, pinjaman yang perlu dikembalikan apabila sampai masanya. 

Pagi ni menerima kiriman wassap dari sahabat baik Sakinah.
Gambar yang di lukis oleh Sakinah.
Ralatnya saya,
Sebab lukisan-lukisan ini yang beliau buat untuk saya,
Dengan kata-katanya,
" Sakinah <3 ibu, ibu <3 Sakinah "
Tak saya jumpa.
Puas di geledah mejanya, begnya,
Tapi tetap tak jumpa..
Sedih mencengkam jiwa..

Menulis adalah satu terapi buat diri,
Supaya dapat saya cepat bangkit kembali,
Kerna hidup perlu di teruskan lagi,
Yang sudah pergi tetap pergi,
Kita yang tinggal perlu banyak muhasabah diri,
Terlalu banyak yang Allah ingin kita perbaiki.
Syurga dan neraka itu pilihan,
Andai syurga menjadi impian,
Dugaan dan ujian menjadi taruhan,
Untuk Allah pilih adakah kita berkelayakan,
Menjadi penghuni Jannah idaman...
Berimpikan syurga bukan sekadar di lisan,
Ia perlu di penuhi dengan sepenuh keimanan,
Barulah kita benar-benar hamba yang mentaati Tuhan,
Kerna dunia hanya persinggahan,
Sampai waktunya nanti kita semua akan di kembalikan,
Semoga Jannah menjadi destinasi pertemuan...


[ murabbi cinta ]
Kau penghibur duka,
Kau pengubat lara,
Kau penambah ceria,
Kau penyejuk mata,
Kau pengukir gembira,
Tiap bait kata,
Tiap gerak gaya,
Mencipta kenangan terindah di jiwa
Itulah gerangan si ahli syurga,
Datang dan perginya membawa bahagia,
Menghidupkan semua jiwa-jiwa,
Hadirnya umpama cahaya,
Menyinari hati manusia,
Dengan kasih dan tulusnya cinta,
Anugerah terindah dariNya,
Walau kehadirannya sebentar cuma,
Tetapi ingatan padanya tersemat kukuh sentiasa,
Dia murabbi cinta buat kita..


Ketahuilah Sakinah,
Senyuman ibu dan kegembiraan ibu di saat menerima kehadiranmu, 
Rupanya sama malah lebih,di saat kau kembali padaNya.
Kau lahir tanpa sebarang dosa,
Kau pergi pun tanpa sebarang dosa
Kau ahli syurga.
Kenikmatan agung buatku.
Allah dan malaikat menjadi saksi, Sakinah...
Airmata yg tumpah bukanlah kerna kesedihan,
Tapi suatu kebahagiaan dan kegembiraan yang tak mampu di luah dengan kata.
Kerana dalam jutaan manusia,
Allah pilih ibu.
Allah nampak ibu,
Di saat ibu menggunung dosa.
Di saat ibu selalu alpa pada Dia.
Tapi Dia nampak ibu.
Dalam sujud,
Ku lepaskan rindu buatmu,
Ku lepaskan rasa terharu sepenuh hatiku.

Kerna memilih ibu !
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli