Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tampil Bergaya Dengan Telefon Paling Cantik Untuk Tahun ini, Honor 8


Jika dilihat dari jauh, kebanyakan peranti telefon pintar hari ini kelihatan sama sahaja. Berbentuk segi empat tepat dengan warna legap dan kelihatan tidak menarik sehingga kebanyakan telefon ini dipanggil dengan satu gelaran - iaitu telefon android.

Dan ini adalah bencana dalam dunia fesyen.

Jadi, pengguna-pengguna telefon ini terpaksa membeli aksesori tambahan seperti stiker, cover, dan sebagainya untuk membuatkan telefon mereka kelihatan berbeza dari telefon android lain dan lebih cantik

Peka dengan masalah ini, syarikat pengeluar telefon pintar, Honor telah melancarkan Honor 8 - telefon yang khusus untuk mereka yang gemarkan fesyen.

Telefon pintar Honor 8 ditampilkan dengan reka bentuk yang lebih seksi dan bergaya dimana setiap butiran di badannya dicipta dengan asas untuk kelihatan cantik dan berbeza dengan telefon-telefon lain.

Kaca Aurora sebagai Cover Belakang
Bahagian belakang Honor 8 dilengkapi dengan kaca Aurora yang mana dibuat menerusi 15 lapis kerja pertukangan yang seni dan ia akan memberi efek ekslusif kepada Honor 8.



Dicipta Sebagai Telefon Flagship
Honor 8 bukan sekadar telefon yang seksi dan cantik, malah ia juga merupakan telefon flagship dari Honor yang bermakna ia antara telefon yang paling gempak keluaran Honor setakat ini. Dengan RAM setinggi 4GB, telefon ini boleh membuka aplikasi-aplikasi moden tanpa sebarang masalah.




4 Warna Pilihan yang Bersesuai Dengan Fesyen Pengguna
Selaras dengan tema telefon fesyen, Honor 8 didatangkan dengan empat warna unik yang boleh dipilih oleh pembeli iaitu Midnight Black, Pearl White, Sapphire Blue dan Sunrise Gold.

Warna-warna ini unik kerana ia dipilih khusus oleh para designer di Honor untuk 'menyesuaikan diri' dengan gaya fesyen pengguna.

Sebagai contoh, warna Sapphire Blue dan Sunrise Gold sesuai untuk pengguna yang tidak gemarkan fesyen terang dan gemar mengenakan fesyen natural. Warna Midnight Black pula sesuai dikenakan kepada pengguna yang suka tampil dengan baju gelap untuk kelihatan yakin.


Tidak perlu Lagi Aksesori Kecantikan Telefon
Honor 8 dicipta supaya pengguna sentiasa tampak bergaya bila menggunakannya tanpa memerlukan sebarang aksesori tambahan.

Segala hardware peranti Honor 8 diletakkan dalam bekas yang dibuat menggunakan aluminium alloy dengan rekabentuk bezel.

Sempurna Untuk Poket Pengguna
Keselesaan turut menjadi aspek penting dalam pembikinan telefon Honor 8. Dengan panjang 145.5mm dan 71mm lebar, telefon pintar itu sangat padan dengan saiz poket seluar gaya terkini seperti seluar jean skinny.

Malah, telefon itu cukup nipis sehinggakan ia muat jika diletakkan di dalam beg tangan yang nipis.


Jika anda seorang yang pentingkan fesyen dan gaya, Honor 8 akan menjadi peneman anda dalam setiap gaya yang anda bawa. Hanya pilih warna apa yang bersesuaian dengan personaliti anda, dan tidak perlu lagi pening kepala memikir untuk membeli aksesori kecantikan tambahan.

Untuk mengetahui lanjut tentang Honor 8, boleh layar Facebook Honor Malaysia di facebook.com/HuaweiHonorMY/




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli