Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Mesin Basuh Anda Juga Perlu Dibasuh? Bagaimana? Ikuti 4 Langkah Mudah Ini


Tahukah anda seharian kita mambasuh pakaian kita yang kotor menggunakan mesin basuh, sudah pasti mesin berkenaan terdedah kepada kotoran yang juga perlu dibasuh.

Jadi bagaimana hendak basuh mesin basuh ini? ikuti 4 langkah mudah yang dikongsikan oleh page PANDA BEKKI, bagaimana hendak basuh mesin basuh anda.

Guna mesin basuh untuk basuh pakaian kita. Tapi kita selalu terlupa yang sebenarnya kita kena basuh mesin basuh kita tau. Nak tahu bila masa yang tepat untuk kita cuci mesin basuh? Semasa pakaian menjadi hapak bila ditinggalkan semalaman dalam mesin basuh dan bila ada banyak seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik. Itulah tandanya korang kena cuci mesin basuh tu! Ikut langkah kat bawah ni

LANGKAH 1

Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.


LANGKAH 2

Pilih program@course@mode " TUB CLEANING"

kalau tak ada pilihan tersebut.

boleh pilih "SOAK"

Kalo tak ada juga

boleh pilih mana-mana "course" cuma pastikan pilih cycle "wash" SAHAJA.

Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap makisma

tekan " START"

Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata


LANGKAH 3

Bila air dah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya :
Produk ada dipasaran . Pastikan ianya mengandungi

1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)

atau

2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )

atau

3. Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram)

atau

4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur didalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin

atau

5. Pencuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE
Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin (300Gram)

atau

6. tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang effektif kerja pencucian tersebut


LANGKAH 4

Jika anda memilih mode pembasuhan
1. TUB CLEANING
2. SOAK

kerja anda lebih mudah , tak perlu tunggu , siap jer dah ok
Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja , selepas mesin telah siap cycle 3 minit. biarkan mesin terendam selama sejam

Selepas sejam pilih mode

"wash" 8 minit

"RINSE" 2 kali

"Spin"1 minit

Passtikan selepasmode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki, Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi step wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal

SIAP.


NOTA :

1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ni , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama.

(Anggaran 2 jam )

2. Pastikan bahan-2 yang sy cadangkan tue sesuai dengan mesin anda, Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ni

3. Kalo x yakin dengan bahan ni , cari d pasaran memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli