Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sukar Untuk Tidur Pada Waktu Malam? Ketahui Punca Insomnia Dan Tip Untuk Menanganinya

No Comment

Tidur yang cukup amat penting pada tubuh badan, ini kerana ia membantu dalam proses merehatkan diri setelah seharian penat bekerja. Manakala tidur yang baik adalah selama 6 – 8 jam sehari bagi dewasa, dan, tidur pada waktu malam yang panjang.

Namun begitu, ada juga sesetengah dari kita yang mempunyai kesukaran untuk melelapkan mata, walau telah beberapa lama baring di atas katil. Ianya akan memberikan sedikit masalah pada individu terbabit, yang mungkin mengganggu prestasi kerja pada kemudian hari.

Berikutan itu, admin ingin kongsikan beberapa maklumat akan insomnia, mengenai punca gejala ini, dan juga tip-tip dalam menangani insomnia. Jom kita baca dan fahami akan insomnia, perkongsian dari Dr Abdul Rahim Nor.


"Anda ada KESULITAN TIDUR/ INSOMNIA?"...SUSAH NAK LENA KE?
Doc alhamdulillah mudah lena. Letak je kepala..terus "switch off"..lena mampuih!! Anda camana? Susah tidok ke? Tau tak anda, ada org yg boleh terlena masa dok BERDIRI je.... mudahnya lena. Doc nasihat satu je, JANGAN LENA WAKTU TENGAH DRIVING je.....ACCIDENT NANTI!!

A. Ni ilmu sikit doc nak share dgn gang fb doc:

Tau apa tu INSOMNIA?

Insomnia adalah salah satu gangguan tidur dimana kualiti tidur penderitanya sangat buruk kerana kesulitan untuk memulai tidur atau mempertahankan tidur dlm jam normal. Ia BUKAN SUATU PENYAKIT tpi ia disbb oleh faktor psychology & biologi je.

B. Ni dia Sebab-sebab INSOMNIA


1. Faktor Medical & Biologi

a. 
Faktor usia. Kita yg mkin berusia beresiko alami insomnia.

b. Hormon yg X seimbang bgi wanita hamil & menstruasi serta menopause buat ramai wanita insomnia. Hihi kami lelaki ok je.

c. Masalah dgn jet lag (mabuk udara) bila pi & balik oversea.

d. Kerusakan otak seperti stroke atau alzheimer.

e. Faktor genetik.

f. Efek sampingan gunaan obat, soda,minuman bicarbonate, dadah, alkohol, atau kafein.


2. Faktor Psikologi

a. Kalau la kena gangguan mental spt skizofrenia, gangguan kecemasan (anxiety disorder), atau gangguan kepribadian bipolar.

b. Kalau la u all PIKIAQ terlalu banyak.

c.
Kalau la jiwa anda pelik seperti ketakutan, paranoid, stress, depresi, kecemasan, serta anda ada tekanan mental & emosional.

d.
Kalau ada ketakutan akibat gangguan pada fase tidur REM (Rapid Eye Movement): maksudnya anda alami seperti mimpi buruk, tertindih HANTU masa tidok (sleep paralysis), atau hihihi anda berjalan saat tidur anda (sleepwalking).



3. Faktor Dari Luar

a. Waktu anda kerja yg berubah-ubah atau X teratur. Sehingga tubuh anda rasa sulit menyesuaikan diri.

b. Otot Badan phisikal terlalu letih..overwork.

c.
Kalau u all kerja shift malam je.

d. Lingkungan bising & X tenteram. Hihi salah satunya partner anda BERDENGKUR!!

e. Pola tidur yang tidak teratur.


C. Ni Sikit Tips Doc Bagi Untuk Mengatasi Insomnia.

a. Usahakan tidur dengan jam yang teratur setiap hari. Selama proses penyembuhan insomnia, usahakan untuk menghindari tidur siang agar bisa mendapatkan tidur yang berkualitas di malam hari.

b. Hindari makanan dan minuman yang berkafein dan bersoda sebelum tidur.

c. Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur. Hindari membaca, menggunakan gadget, atau menonton tv di atas tempat tidur.

d. Sering-sering solat, doa kepada Allah mudahkan anda tidur.

e.
Dah habis USAHA tapi masih QAPLAH/ bermasaalah jua tak boleh tidok, mai jumpa doc atau doktor anda. Doc akan beri ubat ikut diagnosis daripada penyebabnya. INGAT!! Pemberian UBAT TIDUR adalah yg TERAKHIR!!

Bagi yang mengalami gejala seperti ini, atau kesukaran untuk tidur, diharap anda telah memahami puncanya, dan cuba untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin, ini bagi memastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, sebelum terus mengambil ubat tidur. Kekal sihat, dan cergas sepanjang hari. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli