Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Struktur Diturunkan Di Surau Setia Alam Bukan Menara Azan - MBSA



SHAH ALAM, 4 Okt - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini menegaskan bahawa struktur yang diturunkan di kawasan Surau Ar-Raudah, Setia Alam di sini bukanlah menara surau sebaliknya struktur telekomunikasi yang didirikan tanpa kebenaran.

Menurut bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, pihaknya telah merujuk pembinaan struktur telekomunikasi tanpa kebenaran itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang memaklumkan bahawa pembinaan itu juga tidak mendapat kebenaran daripada JAIS.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat penyelarasan mengenai tindakan untuk menurunkan struktur telekomunikasi tanpa kebenaran itu telah diadakan melibatkan wakil JAIS, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, Persatuan Penduduk Setia Indah 11 dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 21.

Katanya hasil mesyuarat pihak MBSA telah meminta pemilik struktur telekomunikasi tersebut untuk menurunkan struktur berkenaan, namun pemiliknya gagal berbuat demikian.

Menurut MBSA, operasi yang diadakan pagi tadi adalah rentetan daripada kegagalan pemilik struktur telekomunikasi berkenaan menurunkan struktur berkenaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

"Justeru, MBSA berharap melalui penjelasan ini, dapat memberi gambaran dan maklumat tepat serta betul kepada masyarakat berhubung isu penurunan struktur telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran.

"Ini kerana MBSA adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa mengamalkan dan berpegang kepada konsep integriti serta telus dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan cekap dan efisien kepada orang ramai," katanya.

Beberapa media melaporkan MBSA bertindak merobohkan sebuah menara azan di surau berkenaan atas alasan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan menara setinggi kira-kira 30 meter itu dibuat menggunakan kren kira-kira 9 pagi tadi. - BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli