Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sering Kali Berhadapan Dengan Masalah Pengurusan Kewangan? Mungkin Dengan Mengubah 5 Tabiat Ini, Anda Boleh Menarik Nafas Lega

No Comment

Ada kalanya apa yang kita lakukan adalah untuk menyedapkan hati orang lain, dalam menjaga perhubungan. Ia turut sama berlaku bila mana, ada tindakan atau tabiat yang kita fikir baik, namun di penghujung waktu, diri yang akan merana.

Dalam memastikan diri tidak terjerumus dengan perkara tidak diingini, di mana akan menjejaskan pengurusan kewangan kelak. Anda harus bijak mengatur kewangan anda, dan mengelak dalam membuat perbelanjaan yang tidak perlu, serta memulakan sesuatu dengan lebih awal, seperti simpanan kewangan.

Di sini admin ingin kongsikan, bagaimana anda boleh mengubah tabiat anda, yang melibatkan pengurusan kewangan, dengan cara yang lebih baik. Jom kita tengok apa yang boeh dilakukan, atau diubah, supaya anda boleh mengurus kewangan dengan baik, perkongsian dari saudari Syafieqah A’lya.


Sembang dan BUAT

1. Jangan sembang nak beli Rumah corner ada swimming pool boleh terjun dari tingkat atas rumah, jika simpanan masih tiada
2. Jangan merungut kos hidup tinggi, jika maintenance diri pun sama tinggi dengan gaji

3. Jangan takut untuk mula menyimpan dan melabur ke tempat yang betul, demi masa depan sendiri. In future anda juga akan senang nanti

4. Jangan biarkan DSR anda tercalar dek kerana pinjamkan nama beli kereta untuk kegunaan orang lain, anda sukar nak rancang kewangan anda sendiri

5. Jangan buat personal loan kononnya untuk beli produk yang berpuluh-puluh ribu harganya, dan dijamin dapat jana keuntungan tinggi, sekiranya anda tidak terjual produk mereka, anda yang merana bayar hutang tanpa erti

Jom tukar semua tabiat ini:


6.
Mulakan impian beli Rumah pertama kecil dan sederhana, bayaran bulanan + kos-kos lain masih boleh di tampung dengan gaji, masukkan penyewa syurga, anda dapat jana cashflow nanti

7. Life style sama dengan gaji, sedar dari lena bahawa kos hidup kian tinggi, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, mula fikirkan masa depan, belajar berdikari dan tidak terlalu berharap dengan orang tua lagi

8. Simpanan mesti bermula, jika bukan sekarang, habis tu bila? Anda yakin bila gaji dah naik, anda akan menyimpan? Saya tahu jawapan anda adalah 50-50

9. Mula sentuh DSR anda dengan pelaburan yang positif, cantikkan portfolio kewangan anda, rancang lah sebaiknya, yang penting ia dari tempat yang berdaftar seperti ASB, AHB, Unit trust dll

10. Kalau anda mampu buat personal loan dan sanggup bayar bulanan dalam tempoh 10-20 tahun untuk dapat duit segera bermakna anda mesti berkemampuan simpan jumlah yang sama dalam tempoh yang panjang. Simpanan secara paksa sekarang demi future, simpanan paksa jadi rela. - Siakap Keli

BACA: 9 Alasan Kewangan Yang Sering Kita Gunakan Untuk Sedapkan Hati Sendiri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli