Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seperti Percutian Berbulan Madu, Ikuti Perkongsian 'Itinerary' Pasangan Ini Ke Yongyakarta Selama 5 Hari 4 Malam

No Comment

Kota Yongyakarta dikenali sebagai Jongja, Yogya, Yongyakarta dan Jongjakarta, ianya sebuah bandar yang besar di Indonesia, dan bandar raya ini pernah suatu ketika dahulu menjadi ibu negara bagi Indonesia.

Jongjakarta mempunyai warisan budaya yang menarik, dan memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang luas dan menghijau menyelimuti daerah luar bandar, dengan Gunung Merapi sebagai latar belakangnya. Manakala, pantai-pantai pula, mudah untuk didapati di sebelah selatan Jongjakarta.

Jongjakarta juga menjadi antara pilihan utama untuk melawat jika bercuti di Indonesia oleh rakyat Malaysia, tidak terkecuali juga buat saudara Mohd Haizi Mohd Khair ini, yang melawat ke bandar raya Jongjakarta bersama isteri tercinta. Jom kita tengok apa yang menarik di Jongjakarta ini, perkongsian darinya.


Assalamualaikum. Just nak sharing our trip experience to Jogjakarta pada 4-8 Oktober 2016 (5d4n). Disebabkan kami pergi berdua sahaja, cost agak lebih dari pergi yang ramai-ramai

Flight : KUL-JOG AK 348/ JOG - KUL AK347 (RM266/2 person)
Accomodation : Allstay Hotel (RM392)
Transport : Mas Heru / Mas Rudy (Avanza)


Day 1

Flight 3.15pm-4.50pm (2jam 30minit).

Mas Rudy pick up kat airport and bawa pergi Alun-Alun Kidul (kereta berlampu). Tapi tak ada rezeki malam tu dia orang off-day! Dinner @Ayan Goreng NY. Suharti. Check in hotel.


Day 2

4.00am - Sunrise @Mangunan (Rp10k/2 person). Lebih kurang (1jam 30minit dari hotel). Jalan memang mencabar gila. Once dah sampai tu, isteri menangis katanya tengok cantik sangat

7.00am- Hutan Pinus (Free entrance). Cantik untuk photoshoot. Sebab pergi berdua, kau ambik gambar aku, aku ambik gambar kau

9.30am- Otw ke Pantai Timang. Disebabkan tak breakfast lagi kita orang makan dulu. Korang WAJIB cuba, memang SEDAP. Complete set : Nasi putih, Lobster Asam Manis, Ulam, Tempe Goreng & Sambal (Rp450k).

Nak pergi Pantai Timang kena naik ojek (Rp50/2person). Memang azab gila. Haha. Tak pernah naik motor, kat Jogja naik motor. Alhamdulillah selamat sampai and berbaloi sangat-sangat sebab CANTIK GILA! Memang tujuan datang Jogja nak naik gondola (Rp200k/person). Tapi isteri gayat, saya seorang sahaja yang naik. Bergambar/selfie di setiap tebing (Rp10k/2 person)-balik pergi Malioboro.

Pasar Beringharjo. Isteri survey sahaja (katanya) so memang tak beli apa-apa

Dinner-room service TEMPE MENDOAN


Day 3

4.00am - Sunrise @Gunung Merapi. Naik jeep (Rp450k). Best sebab tak pernah naik jeep dan jalan memang mencabar dari pergi Mangunan. View very nice. Round Museum Omahku, Memoriku Petung. Kitaorang tak nak pergi water splash sebab nak jalan kat mall 

8.30am - Breakfast/Lunch @Satria Resto

10.00am - Candi Prambanan (Rp225k/person + Rp100k/student).
* sib baik dpt enjoy harga student sbb ada student card

12.00pm - Tebing Breksi. Sesaje ambik gambau.

Round mall dan balik ke hotel sebab isteri sakit badan naik jeep

Dinner-room service Tempe Mendoan


Day 4

Disebabkan semalam dah half day je berjalan, kita orang decide nak pergi Kalibiru. Keluar dah lewat jam 9.00am, so kena tunggu queue nak ambil gambar. Dijangka selepas pukul 1.00pm. Macam tak sempat sebab nak pergi Candi Borobudur dan shopping. So kita orang ambik gambar biasa je.

Candi Borobudur (Rp250k/person + Rp100k/student)-Kat sini kita orang naik mini train untuk ke temple (Rp15k/ 2 person). Sampai je naik tangga tinggi dan banyak gila. Banyak pitstop, tapi bila dah sampai atas view dia. Isteri kata jangan shopping kat sini sebab kejap lagi kita nak pergi Pasar Beringharjo/ Malioboro.

Gereja Ayam - Naik jeep pergi + balik + tiket masuk (Rp48k/ 2 person).

Mas Heru call bagitahu Malioboro tutup sebab ada festival ulangtahun kota Jogja, tak jadilah kami shopping.

Dinner @Sambal Leyah dan pergi kilang Bakpia 25.

Day 5

7.30am - pergi Pasar Beringharjo. Kedai tak banyak bukak sebab nak beli ole-oleh kami redah. Alhamdulillah kami orang pecah telur dapatlah harga murah

9.00am - pergi airport-balik KL

***
Konklusi :
 
*Those yg nature traveller dan lover are advised to vacay here. Those yg tgh preggy tak advised sebab jalan jauh dan kondisinya agak jelek.. Bab makanan pula tak semeriah di bandung/jakarta tapi sedap dan boleh tahan (masuk selera). Kota Jogja juga nyaman, bersih, dan penduduknya nggak lekang dgn senyuman. Macet nya juga nggak seteruk di kota besar mcm jakarta atau bandung.. Digelar juga sebagai Kota Pendidikan karena lumayan juga bilangan universitas nya..

So, Have fun yaa! 
























 

-Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli