Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Saya Menyesal Dulu Saya Tak Dekatkan Diri Dengan Allah, Kenapalah Hati Saya Tidak Dijentik Ketika Itu”


Dahulu, siapa tidak kenal akan kelibat pelakon Zul Yahya atau nama penuhnya Zulkifli Yahya, 43, wajahnya hampir setiap hari ada di kaca televisyen.

Namun, tiba-tiba beliau hilang dari industri hiburan, hilang menyepi tanpa khabar berita, rupanya beliau dan beberapa rakan artis yang lain telah berhijrah meninggalkan dunia hiburan dengan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook mengenai kisah pengalaman Zul semasa berada di dalam dunia hiburan sehingga kini telah berjaya menyentuh hati ramai pendengarnya.

Dalam video itu, Zul menyatakan kekesalannya membuang hampir separuh hidupnya di dalam dunia disia-siakan.

Menurut Zul juga, dia tetap akan kembali ke dunia seni apabila sudah bersedia, di samping meneruskan usaha dakwah menerusi dunia itu.

"Guru-guru saya sendiri meminta saya tidak berhenti daripada dunia seni. Bukannya salah industri seni, tetapi hati saja yang perlu kuat. Kalau tinggalkan seni, bermakna saya tinggalkan kawan-kawan juga. 

"Cuma buat masa ini, biarlah saya memperbaiki diri dulu. Kemudian saya akan berlakon seperti biasa, cuma mengikut kesesuaian perubahan yang saya lakukan ini. Saya juga mahu berdakwah menerusi bidang ini," katanya..

Jom kita dengar perkongsian hebat dari Zul.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli