Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rusia Dedah Misil Nuklear 'Satan 2', Dikatakan Mampu Musnahkan Kawasan Sebesar Negara Perancis



MOSCOW 26 Okt. – Rusia baru-baru ini mendedahkan gambar misil nuklear terbesarnya yang dikatakan mampu memusnahkan kawasan berkeluasan sebuah negara Perancis.

Mail Online memberitahu, misil itu yang diberi nama RS-28 dan digelar sebagai 'Satan 2' oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), boleh bergerak dengan kelajuan maksimum tujuh kilometer per saat dan direka dengan ciri yang boleh mengatasi sistem perisai anti-misil.

Misil itu boleh melancarkan kepala peledak sehingga sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih kuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Menurut rangkaian berita Rusia, Zvezda, misil itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 10,000 km yang dikatakan mampu menyerang London dan beberapa bandar Eropah lain serta Amerika Syarikat.

Kementerian Pertahanan da­lam pada itu merancang untuk melaksanakan penggunaan Sarmat pada lewat 2018 dan menggantikan mi­sil ter­da­hulu, SS-18 pada 2020.

Misil terbaharu itu dikatakan sedang menjalani ujian berdekatan Miass di Rusia.

Misil SS-18 sudah berusia le­bih 30 tahun, jadi walaupun anda mempunyai hubungan yang baik dengan NATO, kamu mesti mahu mengemaskinikan peluru berpandu anda.

Tetapi Presiden Rusia, Vladi­mir Putin tentu gembira ke­ra­na langkah itu digambarkan sebagai satu langkah agresif. Beliau mahu menunjukkan kepentingannya,” kata seorang pakar nuklear di Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja London, Igor Sutyagin.

Sumber: Utusan



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli