Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Perlu Tangkap ‘Jerung’ Yang Lebih Besar - Shamsul


PETALING JAYA, 7 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta supaya tidak hanya bertumpu kepada kes rasuah melibatkan individu atau pegawai kerajaan sahaja tapi perlu sama menyasarkan 'jerung' lebih besar dalam jenayah itu.

Dalam masa yang sama, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin turut berkata usaha yang dilakukan oleh SPRM itu disambut baik rakyat di negara ini.

"PKR mengalukan kerja keras yang dilakukan oleh SPRM. Cuma peringatan saya terhadap SPRM, jangan sekadar bertumpu kepada pegawai dan pengarah, kita sudah buat banyak laporan kepada nama yang lebih besar tetapi tidak ada tindakan.

"Sebarang usaha yang dibuat oleh SPRM disambut baik oleh seluruh rakyat negara ini.

"Bagaimanapun masyarakat mahu melihat sama ada SPRM berjaya menangkap jerung yang lebih besar daripada pegawai dan pengarah-pengarah,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online hari ini.

Sebelum ini, SPRM menahan dua pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan yang dipercayai menyeleweng projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak 2010.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata kes itu adalah bukti negara berdepan dengan krisis rasuah yang semakin parah dari hari ke hari.

Sekiranya kita himpunan (secara kolektif) tangkapan yang dibuat oleh pihak SPRM, pasti jumlah rasuah yang terlibat sudah lebih ratusan juta.

Kami sudah nyatakan lebih awal sebelum ini, kalau ketirisan dapat ditangani lebih awal, maka rakyat tidak perlu terbeban dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan,” katanya lagi.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli