Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raja Bhumibol Mangkat: Thailand Berkabung Selama Setahun



13 Okt - Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengumumkan negara itu dalam keadaan berkabung selama setahun selepas mangkatnya Raja Bhumibol Adulyadej hari ini.

Pihak istana sebelum ini mengumumkan Raja Bhumibol mangkat pada jam 15.52 (waktu tempatan) di Hospital Siriraj.

Pada masa yang sama, Prayut juga berkata Thailand akan mengibarkan bendera separuh tiang selama 30 hari dan tiada upacara kerajaan akan dijalankan dalam tempoh 30 hari itu.

Pegawai kerajaan pula akan memakai baju hitam selama setahun sebagai tanda berkabung.

Sumber : CNBC

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli