Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte Bakal Haramkan Merokok di Tempat Awam Selepas Perangnya Terhadap Dadah


11 Okt - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal mengambil tindakan mengharamkan merokok di kawasan awam di negara itu selepas perangnya terhadap dadah.

Duterta, yang juga dikenali sebagai The Punisher terkenal dengan amalan politik yang ekstrim selepas dia mengarahkan suspek-suspek pengedar dadah di negara itu dibunuh.

Menurut laporan Dailymail, Duterte sebelum ini sudah pun membuat pengharaman merokok di bandar Davao ketika dia memegang jawatan datuk bandar di kawasan itu dan selepas menjadi presiden, dia bakal meluaskan pengharaman itu ke seluruh negara.

"Merokok di kawasan awam tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira diluar atau dalam", kata Setiausaha Kesihatan, Paulyn Ubial.

"Taman, stesen bus dan biarpun di dalam kenderaan, itu semua dikara sebagai kawasan awam.", tambanya lagi.

Ketika ditanya sama ada Duterta tidak risau dengan kemarahan yang bakal timbul dengan industri tembakau, Paylyn cuma mengangkat bahu dan menjawab: "Tidak kisah kalau kamu nak melawan. Tapi kamu sedang melawan dengan Presiden (Duterte)".

Laporan menyatakan lebih kurang 3,600 orang telah dijatuhi hukuman mati sejak Duterte mengambil alih tampuk pimpinan Filipina sejak Jun tahun ini.

Kira-kira 17 juta penduduk atau hampir satu pertiga jumlah penduduk dewasa, merokok di Filipina, menurut satu laporan Pakatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara 2014, kedua tertinggi di rantau itu selepas Indonesia - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli