Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pertempuran Melawan Daesh di Mosul Disiarkan Secara Langsung di Facebook



Iraq, 17 Okt - Pertempuran untuk menawan semula Mosul dari jajahan militan IS telah disiarkan secara langsung di Facebook.

Beberapa penyiar membuat liputan secara langsung pertempuran yang dilancarkan oleh tentera Iraq dan Kurdish yang mana telah menarik tontonan dari beratus-ratus ribu pengguna Facebook.


Seperti video-video Facebook Live yang lain, biasanya penonton akan memberi reaksi dengan emoticon apabila ada perkara-perkara menarik atau mencetus emosi berlaku tetapi kali ini penonton memberi reaksi paling banyak setiap kali peluru dan bom diletupkan.

Konsep siaran langsung perang itu seterusnya mendatangkan perasaan kurang senang pengguna internet.




Mosul, Iraq ditawan oleh Daesh pada 2014 merupakan bandar kedua terbesar di Iraq.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli