Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Dengar Mengenai Baku? Jom Kenali Fakta Menarik Tentang Ibu Negara Azerbaijan Itu

No Comment

Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan negara Azerbaijan atau Republik Azerbaijan, namun negara ini mempunyai sebuah ibu kota yang sedang pesat membangun, iaitu Baku. Baku juga pernah menjadi tuan rumah untuk perlumbaan berprestij dunia, iaitu Grand Prix Eropah, Formula 1 pada bulan Jun yang lalu.

Namun, bukan mengenai Formula 1 yang admin ingin kongsikan, ianya lebih kepada ibu kota Azerbaijan itu sendiri. Dan menerusi perkongsian dari saudara War-one Al Bantinji ini, ia sedikit sebanyak membuka mata pada sesiapa yang mebacanya, kerana ada fakta menarik yang kita tidak ketahui sebelum ini. jom kita teroka sedikit, apa yang menarik tentang Baku ini.


Sedikit fakta praktikal bagi sesiapa yang ingin mengembara ke Baku, Azerbaijan.

1. Azerbaijan merupakan sebuah bekas negara Soviet di Kaukasus yang mempunyai sebahagian Laut Caspian. Manakala Baku merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Kaukasus.

2. Sumber pendapatan utama negara mereka ialah minyak. Jadi semua benda berkaitan dengan minyak sangatlah murah. Contohnya, pengangkutan awam bas dan metro hanyalah 20 capix (48 sen) setiap perjalanan. Saya kira antara yang termurah di dunia.

3. Pengangkutan awam juga menyeluruh sampai ke pinggir dan luar bandar dengan harga yang sama, 20 capix. Untuk ke tempat menarik di luar bandar seperti Flame Mountain dan Ateshgah juga boleh dicapai dengan bas. Contohnya, untuk ke flame mountain, hanya perlu ambil bas nombor 217 dari Stesen Koroglu dengan bayaran 20 capix untuk perjalanan sejauh lebih 15km.


4. Bahasa pertama mereka ialah Bahasa Azerbaijan. Manakala Bahasa Russia merupakan bahasa kedua sebelum ini (kesan daripada Soviet). Namun sekarang sedikit demi sedikit, bahasa Inggeris mengambil alih tempat Bahasa Russia. Mereka sudah mula belajar Bahasa Inggeris di sekolah. Namun begitu, masih agak sukar untuk menemui mereka yang mampu berbahasa Inggeris.

5. Bahan mentah di sini sangatlah murah. Jadi harga makanan juga murah, kecuali di pusat bandar. Anda boleh dapati sebahagian kedai menjual kebab atau doner dengan hanya 1 manat (RM2.50). Air mineral dan berkarbonat di kedai runcit biasa juga murah. Contohnya 500ml pepsi hanya 50 capix (RM 1.25).

6. Disebabkan Azerbaijan masih baru untuk membuka negara mereka kepada pelancong luar, harga hotel atau hostel di sini masih mahal. Harga hotel atau hostel yang kebanyanyakannya ada di website agak mahal

Jadi salah satu option ialah untuk mencari sendiri atau bertanyakan orang Azerbaijan sendiri. Contohnya guesthouse tempat kami bermalam merupakan cadangan kawan Azerbaijan kami sendiri. Setibanya kami di Bandar Baku, dia sendiri datang tunjuk lokasi guesthouse, dan kami hanya perlu membayar 10 Manat (RM25) semalam termasuk sekali sarapan ringan.
Ok, cukup dah kot. Nanti abam sambung dalam travelog pulak ye.

Mungkin selepas ini, bila mana Azerbaijan sudah secara rasminya membuka negara mereka untuk pelancongan, anda boleh mengembara ke negara tersebut, dan mungkin ke ibu negara mereka, iaitu Baku. Tapi, buat masa sekarang, anda boleh mencari maklumat, atau ketahui mengenai negara Azerbaijan terlebih dahulu. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli