Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Memotong Atau Menghancurkan Ubat-Ubatan Tanpa Arahan Doktor", Penjelasan Dari Pegawai Farmasi

One Comment

Kesukaran untuk memakan ubat, khususnya ubat pil membuatkan ramai di antara kita yang tidak mengambil ubat-ubatan berbentuk tablet atau kapsul, dan hanya bergantung pada ubat cecair sahaja, Tetapi tidak semua ubat cecair mampu merawat penyakit yang dihadapi, ada juga yang tidak mengambil ubat langsung, dengan alasan sukar untuk menelan ubat.

Oleh sebab itu, ada di antaranya yang menumbuk atau memecahkan ubat tablet, serta mencampurkannya dengan air, atau membuka sarung pil, dan memasukkan serbuk tersebut ke dalam minuman, tetapi tindakan ini salah sama sekali!

Admin ingin kongsikan, pantang larang dalam memakan ubat jenis tablet ini, jom kita baca perkongsian dari saudara Fahmi Hassan ini.


BERHENTI! JANGAN HANCURKAN UBAT ITU!

Mesti ramai antara kita yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk tablet atau kapsul. Kebiasaannya ada yang mengambil jalan mudah dengan menghancurkan ubat tersebut atau membuka kapsul ubat dan mencampurkan kandungannya dengan air atau makanan. Kalau ikut logik akal, sepatutnya tiada masalah kerana destinasi ubat itu tetap ke perut. Tapi sebenarnya adakah tindakan seperti ini boleh dilakukan?

Untuk pengetahuan umum, cara sesuatu tablet atau kapsul dihasilkan sangat dipengerahui dengan kemajuan teknologi perubatan. Penghasilan tablet atau kapsul dengan teknologi farmaseutik terkini membolehkan kesan ubat dimanipulasi bergantung kepada pelbagai perkara seperti kadar ubat dicerna, jumlah bahan aktif dalam satu tablet, lokasi dalam badan di mana ubat terurai dan sebagainya.

Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai jenis tablet dan kapsul telah dicipta seperti:-


1. Uncoated tablet - tablet biasa yang tidak mempunyai lapisan luar istimewa.


2. Film coated tablet - tablet dengan lapisan luar licin, bewarna dan berkilat.

3. Sugar coated tablet - tablet dengan lapisan luar yang mempunyai rasa manis. 

4. Extended release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif untuk jangkamasa yang lama setelah dimakan. 

5. Fast release tablet
- tablet yang mengeluarkan bahan aktif dalam tempoh lebih pantas berbanding biasa. 


6. Effervescent tablet - tablet yang boleh dicairkan di dalam air minuman sebelum diminum.


7. Layered tablet - tablet yang mempunyai lapisan bahan yang berbeza. 


8. Hard capsule - kapsul ubat yang keras.


9. Soft capsule - kapsul lembut yang kebiasaannya mengandungi ubat berbentuk cecair.

Contoh-contoh ini hanyalah sebahagian kecil dari jenis tablet dan kapsul yang berada di pasaran. Perkembangan dunia perubatan akan sentiasa menyebabkan jenis-jenis tablet atau kapsul baru tercipta dari masa ke semasa. 

Antara tujuan penghasilan formulasi kapsul dan tablet yang berbeza ini adalah:-
1. Menutup rasa pahit ubat bagi memudahkannya ditelan.
2. Melicinkan permukaan ubat untuk memudahkannya ditelan.
3. Membolehkan ubat diserap di kawasan yang menjadi sasaran sama ada usus atau perut.
4. Mengawal kadar serapan ubat oleh badan bergantung kepada kesan yang diingini.
5. Memelihara ubat dari dimusnahkan oleh jus gastrik.
6. Membolehkan beberapa bahan aktif digabungkan dalam satu tablet.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan sekiranya tidak diarahkan oleh doktor atau pegawai farmasi. Ini untuk mengelakkan ubat tersebut menjadi tidak berkesan atau berlakunya lebihan dos bagi sesetengah jenis formulasi. Begitu juga dengan ubat dalam bentuk kapsul. Jangan buka kapsul atau membocorkan kapsul untuk mengeluarkan bahan aktif di dalam kapsul.

Secara amnya, ubat yang boleh dipotong adalah ubat yang mempunyai garisan di atas permukaan tablet. Ubat-ubat seperti ini adalah ubat berjenis uncoated yang tidak mempunyai formulasi khas untuk mengawal penyerapannya di dalam badan.

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan ubat, rujuk pada gambar yang disertakan. Terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu ‘pop-bottle method’ dan ‘lean-forward technique’. Teknik ini telah dikaji oleh Universiti Heidelberg di German dan didapati dapat membantu memudahkan proses menelan tablet dan kapsul. Namun begitu berhati-hati sewaktu mengaplikasi teknik tersebut. Jangan terlalu teruja hingga menyebabkan anda tersedak atau tercekik.

Sebagai kesimpulan, sebelum anda bertindak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan anda, semak dahulu dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat anda. - Siakap Keli

Pop-Bottle Method

Lean-Forward Technique



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli