Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengintip SPRM Di Pejabat Kerajaan


Sebagai usaha terbaharu membanteras gejala rasuah di negara kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan telah memulakan intipan di jabatan dan agensi kerajaan dengan meletakkan anggotanya sebagai 'mata-mata', lapor Sin Chew Jit Poh.

Kebanyakan 'mata-mata' SPRM ini ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan yang kerap menerima banyak peruntukan, kerana mempunyai risiko tinggi berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah, menurut sumber dalaman SPRM ketika memberitahu akhbar itu, tulis Sinar Harian.

Tambahnya lagi, anggota yang diarahkan oleh SPRM akan melakukan penyamaran sebagai kakitangan biasa di  jabatan dan agensi kerajaan yang menjadi tumpuan. 

Umumnya, mana-mana kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang membabitkan banyak projek dan pembelian, akan menerima peruntukan yang banyak daripada kerajaan, dan ianya sekali gus memberikan peluang kepada pegawai dan kakitangannya menerima suapan.

"Kami menghantar 'mata-mata' ini ke jabatan kerajaan tertentu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Semua maklumat ini kemudian akan dihantar kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya
," katanya kepada akhbar itu.

Sumber itu memberitahu lagi, disebabkan kakitangan SPRM yang melakukan penyamaran diberi latihan khas, mereka agak sukar untuk dikesan. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli