Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penggunaan Polisterin di Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan Akan Diharamkan Bermula Tahun Depan


PUTRAJAYA, 11 Okt: Semua premis makanan dan kafe dilarang sama sekali menggunakan polisterin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, larangan itu merupakan sebahagian dari usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia merupakan bahan yang sukar diurai atau dikitar semula.

Tambah beliau lagi, larangan itu akan diperluaskan secara menyeluruh ke semua premis makanan di tiga kawasan termasuk bangunan swasta dan ia merupakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau.

"Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.

"Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan," katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli