Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Curi Kereta Pada Waktu Malam, Memulangkan Semula Keesokan Harinya Dalam Keadaan Bersih & Minyak Penuh Berulang Kali


China - Seorang pencuri yang licik berulang kali mencuri kereta mewah bernilai  £120,000 (RM600,000) pada waktu malam dan memulangkan kembali kenderaan itu pada keesokan harinya dalam keadaan yang bersih dan minyak penuh.

Namun, kegiatan Zhang, 19, itu terdedah apabila dia tersilap langkah dengan 'meminjam' kereta berkenaan selama dua malam berturut-turut menyebabkan timbul perasaan syak wasangka pemilik kenderaan terbabit.

Pemilik kenderaan itu, Wang dari Hangzhou, menelefon polis apabila dia melihat kereta Range Rover miliknya hilang dari tempat letak kereta bawah tanah pada satu malam.


Apabila polis datang untuk menyiasat, pihaknya terkejut mendapati kereta yang berharga lebih setengah juta itu berada di tempat asalnya - dalam keadaan yang sangat kemas dan minyak penuh.

Apabila pihaknya memeriksa rakaman litar tertutup, mereka mendapati seorang lelaki masuk ke dalam tempat letak kereta itu di tengah malam dan dengan selamba memandu kereta itu pergi dan kembali semula pada waktu pagi.



Mereka kemudian memasang perangkap dan menunggu Zhang pada pagi berikutnya. Apabila Zhang kembali dengan kereta tersebut, polis menangkap lelaki berkenaan atas kesalahan mencuri.

Zhang memberitahu polis bahawa dia tidak pernah berniat untuk mencuri kereta itu tetapi hanya menggunakannya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan dan wanita  di kawasan sekitar West Lake dengan imej seorang lelaki bujang yang kaya raya.

Difahamkan, Wang dan isterinya, Liu, mempunyai sekurang-kurangnya lima buah kenderaan mewah yang digunakan untuk menghadiri majlis sosial.

Selepas mempelajari rutin harian pasangan itu, Zhang membuat kunci pendua dan mula 'meminjam' kereta itu untuk digunakan pada tengah malam - termasuk mencuci di pusat cuci kereta sebelum memulangkannya kembali supaya Wang dan Liu tidak perasan akan kehilangan kereta tersebut.

Selain kunci Range Rover itu, turut ditemui kunci pendua kepada kereta-kereta mewah lain.

Zhang dipenjara selama 15 hari dan didenda sebanyak 500 RMB (RM 300). Dia juga mungkin dikenakan denda lain sekiranya penyiasat mendapati dia bersalah melakukan kecurian sebelumnya. - Siakapkeli.my

Sumber: Mirror

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli