Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencipta Lampin Pakai Buang Pertama Meninggal Dunia

No Comment



LONDON 20 Okt. - Pencipta lampin pakai buang pertama dunia, Valeri Hunter-Gordon meningal dunia Ahad lalu pada usia 94 tahun di rumahnya di Beauty, Inverness-shire, Scotland.

Wanita terbabit mendapat ilham untuk mencipta lampin pakai buang pada sekitar tahun 1940-an setelah bosan membasuh kain lampin dua anaknya ditambah pula bakal menimang anak yang ketiga.

Ketika itu, Hunter-Gordon yang berusia 24 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa manakala suaminya, seorang pegawai tentera.

Setelah mendapati masih belum ada sesiapa yang pernah mencipta lampin pakai buang, Gordon berasa sangat teruja.

Dia kemudian menghasilkan prototaip pertama menggunakan mesin jahit jenis Singer.

Pada mulanya, pelbagai nama telah dicadangkan untuk lampin itu seperti Valette, Snappy, Napkins dan Drypad tetapi nama Paddi dipilih selepas suaminya,Patrick yang berpangkat Mejar mengadakan mesyuarat dengan sekumpulan pegawai kanan askar.

Dailymail melaporkan, rekaan awal bahagian kapas lampin itu diperbuan dari bahan nilon payung terjun dan produk itu mendapat sambutan hangat dari kaum ibu di Kolej Kakitangan Tentera di Surrey.

Selepas beberapa kali melalui pengubahsuaian, akhirnya lampin tersebut berjaya tampil dengan rekaan serta kapas yang sempurna.

Hunter-Gordon yang merupakan cucu seorang pencipta, Sir Vincent de Ferranti, berjaya menggunakan hubungan keluarganya untuk mendapatkan nama Paddi dipatenkan.

Namun pada tahun 1960-an, produk berkenaan mengalami kemerosotan berikutan kemunculan Pampers dan lampin serba guna.






Sumber: Utusan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli