Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Viral Jumpa Tikus Dalam Bekas Cili Kering: Pasaraya Lupus 63.8 KG Cili Kering


Kuala Nerus, 20 Okt: Sebuah pasar raya di daerah ini telah melupuskan 63.8 kg cili kering bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna berikutan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya yang viral di media sosial baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK ke pasar raya itu untuk mengesahkan viral berkenaan.

"Pihak pengurusan pasar raya memaklumkan sudah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil, tidak lagi secara terbuka dalam kotak besar seperti sebelum ini," katanya.

Azlan juga berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia dibawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

"Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap membabitkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya," katanya.

Sebelum ini, gambar tikus bersama lada kering itu menjadi viral setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Winnie Tan pada Isnin.

Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?)," katanya pad satus di FB.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli