Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Darjah Enam Tahan Sakit Lebih Sejam Gunting Tertusuk Kening




SABAK BERNAM, 19 Okt: Seorang murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Khir Johari terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas sebilah gunting tertusuk di kening mata kanannya dalam kejadian di sini tengahhari tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengahhari itu, mangsa sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah itu bersama rakan sekelasnya yang lain.

Menurut seorang kakitangan pejabat sekolah terbabit, mangsa yang sedang memegang gunting bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum terjatuh menyebabkan gunting terbabit menusuk keningnya.

"Semua murid Tahun Enam sedang melakukan aktiviti di makmal. Ia sebahagian daripada aktiviti yang diatur pihak sekolah selepas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kejadian ini bukan berpunca daripada pergaduhan atau mangsa bergurau dengan rakannya yang lain sehingga menyebabkan gunting tertusuk.

Beliau juga meminta semua pihak agar tidak membuat andaian yang bukan-bukan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya sebagaimana lapor BH Online.

BH Online juga berkata, wakil pihak pengurusan sekolah enggan mengulas kejadian tersebut kerana laporan awal kes berkenaan sudah diberikan kepada pejabat pendidikan daerah.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli