Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengasyikkan, Pantai Pulau Sembilan, Perak Dihiasi Gemerlapan Cahaya Biru Di Malam Hari

No Comment
Pantai Pulau Sembilan
Umum sudah mengetahui akan adanya pesisir pantai yang seakan 'bercahaya' pada waktu malam, dan ianya memberikan satu fenomena baharu buat penggemar aktiviti pantai. Untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan pantai yang 'bercahaya' seperti di Pulau Vaadhoo, Maldives sudah semestinya hanya tinggal angan-angan sahaja, atas sebab jaraknya yang jauh.

Antara pantai lain yang turut mempunyai keindahan sama adalah di Teluk Mission, Amerika Syarikat; Marlin Marina, Australia; Teluk Toyama, Jepun; dan Puerto Mosquito, Puerto Rico. Pantai-pantai ini mempunyai keunikan yang sama, iaitu 'bergemerlapan' di waktu malam.

Pantai Pulau Sembilan, Perak

Namun begitu, tahukah anda, Malaysia juga mempunyai pantai yang 'bergemerlapan' di kala malam tiba, dan ianya terletak di utara Semenanjung Malaysia, iaitu Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak.

Fenomena pantai 'bercahaya' seperti ribuan bintang di langit ini, bukanlah kesan daripada efek pencahayaan, tetapi ianya adalah dari organisma laut yang mempunyai jumlah yang banyak. Organisma yang bercahaya ini, dikenali sebagai Ostracod Crustaceans, atau phytoplankton, atau turut dipanggil 'Blue Tear' juga 'Blue Sand'.


Pulau Sembilan berkedudukan 15 - 20 kilometer dari pesisiran selatan negeri Perak, dan ianya dipanggil Pulau Sembilan kerana mempunyai 9 buah pulau yang unik, dan Pulau Lalang menjadi pulau utama bagi keseluruhn pulau tersebut. Bagi pengetahuan anda, pulau ini tidak mempunyai habitat, namun ia dibuka untuk perkhemahan pada hujung minggu, serta untuk pergi ke Taman Negeri Pulau Sembilan anda memerlukan permit yang telah disahkan.


Jadi, mungkin anda boleh menjadikan Pulau Sembilan ini sebagai salah satu 'wishlist' tempat yang perlu dilawati anda pada masa akan datang. Anda boleh merancang untuk menikmti keindahan alam, pada cuti akan datang, bersama rakan atau keluarga anda. Jom cuti-cuti Malaysia. - Siakap Keli




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli