Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengapa Telefon Pintar Honor 8 Merupakan Telefon Yang Sempurna Untuk Memikat Perhatian Seseorang


Jika dahulu telefon digunakan sekadar untuk berkomunikasi, bergambar dan bertukar teks, kini ia menjadi salah satu simbol kepada personaliti dan citarasa seseorang.

Menunjukkan personaliti yang baik merupakan sesuatu yang penting, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan seseorang yang baru sahaja dikenali.

Menurut The Graduate Recruitment Bureau tujuh saat pertama merupakan saat yang paling penting untuk menunjukkan personaliti diri seterusnya memupuk minat mereka terhadap diri anda.

Dalam tujuh saat itu jualah mereka akan melihat cara pemakaian, cara bercakap dan juga barang apa yang anda pakai, termasuklah telefon pintar.

Untuk itu, anda perlu mempunyai telefon pintar yang bercitarasa tinggi, menonjol dan memukau. Disini, telefon pintar Honor 8 akan mula memainkan peranannya.

Warnanya Menonjol & Unik


Honor 8 didatangkan dengan tiga warna, iaitu sapphire blue, midnight black dan sunrise gold.

Ketiga-tiga warna ini merupakan warna yang unik dan bukan warna biasa yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar lain.

Malah, warna di Honor 8 juga mungkin boleh menjadi ‘pembuka bicara’ atau ‘bahan bualan’ antara anda dan teman kerana warna yang jarang dilihat.

Kilauan Aurora Memukau Mata


Sekiranya anda perasan, terdapat kilauan pada bahagian belakang telefon Honor 8. 

Faktanya, kilauan itu bukanlah ditambah untuk mencantikkan foto telefon pintar itu tetapi merupakan kilauan neutral dari gelas Aurora yang siap sedia terpasang di telefon itu.

Honor 8 dilengkapi dengan 15 lapisan gelas yang dipanggil Aurora seterusnya menghasilkan kilauan tersebut.

Dari jauh lagi, kilauan itu boleh dilihat seterusnya akan memukau mata pemandang. Jika terdapat 10 orang dengan telefon 10 telefon berbeza, sudah tentu Honor 8 yang akan paling menonjol dan membuat pemegangnya lebih terserlah dari orang lain.

Kilauan ini akan menjadikan pemegang Honor 8 kelihatan lebih versatil dan yakin apabila berhadapan dengan orang yang baru dikenali atau orang yang diminati.

Kamera Dwi-Kanta di belakang


Satu lagi ciri yang menarik pada Honor 8 adalah kamera dwi-kanta yang terdapat di bahagian belakang telefon pintar itu.

Kedua-dua kamera itu bertanggungjawab mengambil gambar yang lebih cantik dengan mengambil dua foto dengan mod warna iaitu RGB dan monochrome sebelum diproses menjadi sekeping gambar yang lebih seni dan cantik.

Bayangkan situasi ini. Selepas habis pertemuan, sudah tentu akan ada sesi pergambaran bukan? Ketika ini, masing-masing akan mengeluarkan telefon pintar dan menawarkan untuk mengambil gambar.  

Ketika inilah Honor 8 sekali lagi akan menonjol dengan ciri dwi-kameranya malah akan dipuji bertalu-talu apabila kualiti gambar yang diambil adalah lebih baik disebabkan ciri tersebut.

Sekali lagi, pemegang telefon Honor 8 menang.


Telefon Honor 8 sangat sesuai bagi seseorang yang mementingkan citarasa dan gaya. Dengan kelebihan yang terdapat pada telefon pintar ini, pemegangnya akan berasa lebih yakin dan berada di hadapan mengatasi yang lain




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli