Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masuk Rumah Baru Tiba-Tiba Jumpa Banyak Kerosakan, Peguam Ini Jelaskan Yang Harus Anda Lakukan


Selalu kita dengar di dalam laporan media semasa kisah pembeli rumah teraniaya gara-gara sikap pemaju yang menyiapakan rumah dengan ala kadar atau lepas tangan.

Nampak cantik di luar tapi bila masuk di dalam keadaannya agak teruk dengan pelbagai kerosakan.

Jadi apa ahru kita lakukan? diam diri? buat aduan kepada kontraktor berkenaan? peguma hartanah Tuan Salkukhairi Abd Sukor telah mendedahkan cara-cara yang paling berkesan untuk menangani masalah ini.

Jom kita baca, Apa yang harus kita lakukan jika berada dalam situasi ini.


Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki.

Tetapi masuk sahaja dalam rumah, anda dapati terlalu banyak kerosakan dan kecacatan pada rumah tersebut. Tidak seperti yang anda harap harapkan.

Jika anda menghadapi masalah tersebut diatas, apakah yang patut anda lakukan?

Disini saya kongsikan apakah yang patut anda lakukan apabila mendapati rumah baru anda banyak rosak.

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.

Ertinya, dlm tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, untuk membaiki segala kerosakan tersebut.

Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar telefon pejabat Pemaju begitu sahaja? Kalau Pemaju lambat atau enggan baiki, macam mana cara yang patut anda buat? Sila ikuti sepenuhnya apa yang saya nyatakan dibawah ini:-

1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kepada Peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.

2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam. Cara lain tidak dibenarkan oleh undang-undang.

3. Beri tempoh 30 HARI kepada Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.

4. Sekiranya Pemaju tidak baiki kerosakan dalam tempoh 30 HARI, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos baiki kerosakan tersebut.



6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC sebut harga tersebut kepada Peguam dan beri peluang lagi kepada Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

7. Jika Pemaju masih tidak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.

8. Selepas sudah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada Peguam.

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh Peguam.

10. Kalau Pemaju dan Peguam tidak beri kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.

Walaupun semua perkara yang saya sebut diatas dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli, saya percaya masih ramai pembeli diluar sana yang belum mengetahui tentang hak mereka.

P/s: Jika anda ingin kami bantu anda semak kerosakan rumah anda, sila PM saya untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

- Siakapkeli.my

BACA: (Gambar) Tips Apabila Masuk Rumah Baru, Periksa Dahulu Bahagian-Bahagian Wajib Ini Selepas Terima Kunci
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli