Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Liverpool F.C Tandatangan Kerjasama Global Dengan MAS


Kuala Lumpur, 11 Okt - Liverpool FC telah menandatangani kerjasama global selama tiga tahun dengan Malaysia Airlines (MAS) yang mana menjadikan MAS sebagai rakan penerbangan global rasmi kelab itu.

Ketua pegawai komersial Liverpool FC, Billy Hogan berkata : "Liverpool dan Malaysia sentiasa berkongsi semangat unik untuk bola sepak - apabila kita melawat Malaysia dalam lawatan pra-musim pada tahun 2011 dan 2015, sambutannya adalah luar biasa.

"Kerjasama ini mencerminkan ikatan tersebut dan kami berharap  bekerjasama dengan Malaysia Airlines akan mendatangkan masa depan yang cerah"

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew pula berkata : "Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Liverpool FC dalam keluarga Malaysia Airlines.

"Kedua-dua jenama ini mempunyai sejarah yang panjang dan menarik semangat kekeluargaan. Liverpool FC merupakan salah satu kelab yang paling diikuti di dunia, termasuk sekitar 100 juta pengikut di Asia Tenggara dan 40 juta di China, yang juga pasaran utama kami.

"Selain itu, Liverpool FC juga akan mengukuhkan jenama kami di UK, pintu masuk utama kita ke Eropah." - Siakapkeli.my

Sumber : FcExclusive
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli