Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Panik, Ajak Tunang Lari Dari Mahkamah Selepas Dijatuhkan Hukuman

No Comment


KUALA LUMPUR, 20 Okt — Kecoh seketika di Mahkamah Majistret di sini apabila seorang tertuduh yang dijatuhi hukuman denda kerana menampar seorang pengawal keselamatan melarikan diri ketika prosiding kes itu masih lagi berlangsung.

Lelaki berusia 24 tahun itu kelihatan panik di dalam kandang tertuduh dan berlari keluar ketika Majistret Adira Adnan menjatuhi hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Bernama melaporkan, lelaki itu juga turut memberi isyarat kepada tunangnya yang berada dalam galeri awam supaya melarikan diri namun tunangnya tidak berbuat sedemikian.

Susulan kejadian, tiga anggota polis mengejar tertuduh dari tingkat tiga sehingga ke pondok pengawal di perkrangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini namun, dia dapat meloloskan diri.

Tunangnya yang enggan dikenali berkata dia hairan dengan tindakan tertuduh keranan beliau telah menyediakan wang secukupnya untuk membayar denda.

Mahkamah Majistret mendapati Saiful Anuar bersalah kerana menyebabkan kecederaan dengan menampar pipi seorang pengawal keselamatan warga Nepal dalam kejadian pada 16 September lepas.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga dan insaf dengan perbuatannya.

Sumber: MMO
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli