Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lari Selamatkan Diri Anda dari Serangan 'Zombi' pada 31 Disember ini

No Comment

Pernah menonton filem Train to Busan dan ingin merasai sendiri bagaimana perasaan menyelamatkan diri ketika dikejar zombi?

Bersiap sedia kerana segerombolan zombi akan bertandang ke Taman Botani, Putrajaya pada 31 Disember ini dan anda perlu lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri dari serangan zombi-zombi ini.

Tapi jangan khuatir kerana wabak zombi ini adalah acara Run For Your Life (RFYL) Malaysia 2016 yang merupakan acara sukan bagi menggalakkan orang ramai bersenam dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Apa itu RFYL
RFYL adalah permainan kejar-mengejar antara manusia-zombi yang paling mendebarkan di dunia. Setakat ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 2011, permainan itu berjaya menarik minat lebih 12,000 peserta apabila permainan ini turut mendapat tempat di Bangkok, Singapura dan Hong Kong.

Permainan RFYL berkisarkan tentang wabak zombi yang telah merebak ke serata dunia disebabkan satu virus misteri dan manusia perlu melarikan diri dari zombi untuk menyelamatkan diri.

Apa yang menarik tentang permainan ini adalah, peserta boleh memilih untuk menjadi 'manusia' ataupun zombi.

Sekiranya memilih untuk menjadi manusia, peserta perlu menyelamatkan diri mereka dari ditangkap zombi. Sebaliknya, peserta yang memilih untuk menjadi zombi mempunyai satu objektif sahaja iaitu menangkap manusia yang masih hidup.

RFYL akan diadakan di Taman Botani Putrajaya bermula pada 6.30 petang sehingga tengah malam.


Secara asasnya, permainan ini berobjektif untuk menggalakkan orang ramai bersenam disamping meluangkan masa dengan berkualiti dan menyeronokkan.

Selain itu, pelbagai permainan mini dan persembahan turut diadakan di RFYL Malaysia 2016 sementara menunggu acara kiraan detik menjelang tahun baru 2017.

Bagaimana untuk menyertai
Bagi yang berminat boleh melayari laman Facebook www.facebook.com/rfylmy untuk mendaftar.

Bagi yang membuat pendaftaran awal boleh mendapat kadar harga istimewa iaitu RM69. Setiap penyertaan akan diberikan wrist tag, t-shir dan medal selain mekap professional untuk mereka yang mendaftar sebagai zombi.








Sementara menunggu tarikh 31 Disember, boleh tonton dahulu teaser Run For Your Life Malaysia menerusi video di bawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli