Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Cadang Henti Anjur F1, Kekal MotoGP



Petaling Jaya, 24 Okt - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin(KJ) mencadangkan agar Malaysia menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix F1.

Cadangan itu diberitahu oleh Khairy menerusi laman Twitternya yang menyebut kos untuk menganjurkan acara berkenaan terlalu tinggi tetapi pulangannya terhad.

"Saya fikir kita perlu hentikan penganjuran F1. Sekurang-kuranganya untuk sementara waktu. Kos (penganjuran) terlalu tinggi, pulangan terhad", tweet KJ.

Bersama tweet tersebut, KJ menampilkan satu laporan dari NST yang bertajuk "F1 Future in Malaysia on the line, its fate to be determined this week".

Laporan dari NST itu yang memetik CEO SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad berkata penjualan tiket F1 mengalami penurunan sejak 2014 dan setiap tahun mengalami penurunan yang konsisten sebanyak 10 peratus.

"Jualan tiket F1 menurun, jumlah penonton TV menjunam. Pelawat asing juga berkurangan kerana mereka boleh memilih Singapura, China atau Timur Tengah. Pulangan tidak begitu besar," tulis KJ lagi sambil menyaran agar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengekalkan perlumbaan Moto GP yang disifatkan beliau lebih popular.

"SIC perlu membida perlumbaan lebih murah, mengekalkan Moto GP yang masih popular, belanjakan untuk pembangunan dan meningkatkan akses awam di litar," katanya.

Di laman Twitter, ramai Twitter memberi respon terhadap cadangan KJ itu dengan ramai yang bersetuju bahawa F1 'sudah hilang sentuhan magisnya'.

"Setuju. Untuk beberapa tahun lepas F1 semakin hilang magisnya. Kini sudah sampai masa untuk ambil langkah setapak ke belakang," tulis CLai.

"Setuju, lagipun hanya untuk seketika, mungkin kita perlu fokus kepada Moto GP sekarang", tulis Zulhelmi pula.

Mr. Right pula turut bersetuju dengan menyifatkan F1 sudah hilang faktor wow&cool dan dana untuk F1 boleh digunakan untuk menaja pelumba Malaysia dan menganjurkan perlumbaan yang lebih kecil.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan KJ itu dengan membandingkan acara F1 di Singapura yang disifatkan lebih berjaya.

Sumber: NST, Twitter KJmStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli