Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Rumah RMH Dan Ibu Tunggal, Kerja Berat 7 Hari Seminggu Demi Pastikan Rawatan Tulang Belakang Dan Persekolahan 4 Anak Terjaga

No Comment

Menjadi ibu tunggal adalah satu keadaan yang cukup mencabar sebenarnya bagi wanita di mana merekalah ayah dan mereka jugalah ibu.

Segala tanggungjawab dipikul demi memastikan yang terbaik untuk anak-anak, jadi tidak hairanlah kenapa ibu tunggal dianggap sebagai wanita berhati waja dan tabah.

Kisah yang bakal dikongsikan ini, menyerlahkan lagi kisah hebat seorang ibu tunggal yang menjaga 4 orang anak yang masih bersekolah dan pada masa yang sama memastikan rawatan kepada anak-anaknya yang menghidapi sakit tulang belakang.

Kisah mereka ini agak menyedihkan seperti diceritakan oleh Encik Iskandar Syah Ismail, apabila si ibu terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur daripada Johor untuk mendapat rawatan di mana dia terpaksa membawa kesemua anak-anaknya.

Namun, nasib mereka sedikit terbela dan bebannya apabila datang ke Kuala Lumpur sedikit ringan dengan wujudnya sebuah rumah kebajikan yang ramai orang tak tahu kewujudannya iaitu Rumah Ronald McDonald.

Jom kita baca kisah ini.

Puan Azian Ali berkongsi cerita. Saya mengesat air mata ketika menulisnya semula untuk bacaan tuan dan puan.

Ada seorang ibu tunggal yang baru sahaja diberikan kemudahan untuk tinggal di Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Pusat Perubatan UKM (PPUKM).

Ibu yang cekal ini sudah lama berulang-alik dari Johor ke PPUKM, dengan membawa empat orang anaknya untuk mengubati penyakit Spinal - tulang belakang bengkok. 

Kesemua anaknya itu masih bersekolah. Anak yang paling tua sedang belajar di sekolah menengah. 

Walaupun diuji kesusahan dan penyakit, anak-anaknya cerdas dalam pelajaran. Tulisan mereka kemas sekali sedangkan ibu mereka tidak pandai menulis.

Ibu tunggal ini bukan seorang warganegara namun suaminya seorang rakyat Malaysia yang sudah pun meninggal dunia. 

Sebab itu mungkin beliau sukar memperoleh sebarang bantuan walaupun beliau mempunyai MyKad berwarna merah. 

Ibu tabah ini, cekal bekerja tujuh hari seminggu demi memastikan anak-anaknya dapat terus bersekolah, dan pada masa yang sama mendapat rawatan yang terbaik di hospital ini.

Pada waktu pagi, si ibu bekerja di kantin sekolah. 

Sebelah petang sampai ke malam pula, akan beliau bekerja di pasar malam dengan majikan yang berlainan, sebagai tukang masak ataupun sebagai pembantu. 

Bagi mendapatkan rawatan untuk anak-anaknya, mereka menaiki kereta api KTM dari Johor ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berjimat duit.

Tiket bas terlalu mahal untuk mereka berlima. Tidak dapat dibayangkan anak-anaknya dengan masalah tulang belakang mereka, mampu duduk dengan selesa dalam kereta api di sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur. 

Sebelum mereka mendapat kemudahan menginap di Rumah McDonald, apabila tiba sahaja di sini, mereka akan mencari hotel-hotel bajet yg berhampiran hospital. 

Bayangkan seorang ibu dan empat anak tidur berhimpit-himpit di atas sebuah katil di bilik hotel dengan kos RM150 semalam sementara menunggu pagi hari untuk pergi ke hospital. 

RM150 itu pula datang daripada hasil penat lelahnya bekerja siang malam 7 hari seminggu. Demi mencari penawar keempat-empat anak-anaknya yang menderita.

Apabila selesai mendaftar masuk di Rumah McDonald (RMH), seperti biasa petugas RMH akan memberikan sedikit taklimat orientasi kepada penghuni baru rumah ini. 

Mereka akan menerangkan peraturan dan kemudahan-kemudahan yang ada di RMH. 

Ketika petugas RMH menceritakan tentang kemudahan dapur di RMH yang turut menyediakan bekalan beras dan minyak masak bagi membolehkan ibu memasak untuk anak-anak, tiba-tiba si ibu berkata, 

”Inilah khabar yang saya tunggu-tunggu untuk dengar. Tadi jururawat di wad ada beritahu saya yang di sini ada beras dan saya boleh memasak!”

Jelas kelihatan perasaan lega pada wajah ibu kepada 4 beranak yang cekal ini!

Dan tahukah kalian, berapakah caj bilik untuk semalam di Rumah McDonald? 

RM5 sahaja untuk semalam! Ronald McDonald House – PPUKM

- Siakapkeli.my


SK: Kalau nak tahu, ke rumah inilah wang yang anda masukkan di dalam tabung merah di kuanter mcdonald disalurkan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli